beli topup dengan harga diskaun!
jual topup atau topup diri sendiri. caranya klik SINI

Ini blog saya, bukan blog untuk iklan =='

yeah, agak geramlah. tengok blog sendiri pun sakit hati. sebab bila tengok blog aku je, aku terfikir. ini blog aku ke blog iklan? =='

tension betul aku. aku letak cbox kat situ untuk orang tinggalkan link blog. blog sendiri, bukan blog iklan. dah masuk macam2 link dalam cbox tu. aku nak hit balik blogger yang ikhlas datang blog aku ni pun takleh =='

kang aku buang juga cbox ni =='

no advertising please!


outing bersama classmates.

created 29 September 2012.

outing bersama classmates. Hidayah dan Sabrina. baru aku tahu mengapa dorang selalu outing lama. rupanya tengok barang kat Watsons dan Guardians sangat lama.

kemudian pergi makan, yeyeah! makan KFC. menggunakan voucher yang kami terima secara percuma, takkan nak simpan je kan. hehe.

aku hanya dapat tangkap gambar Dayah, gambar Sabrina tak dapat pula. huhu. Sabrina makan sangatlah comel. bersepah. hehe.

ya, ini dia Dayah. makan 3 ketul ayam. dia macam aku, underweight. tapi makan banyak.. tak gemuk2. kami selalu mengeluh benda yang sama. hehe.

dan ini pula aku. dah pandai snap gambar bila keluar macam ni. biasanya malas yang amat.

maaf, gambar Sabrina aku tak dapat. hehe.


aku tak minta semua ini.

created 25 September 2012 11:56am.

apa? ni ha, perasaan aku ni. aku nak lawan. tapi tak mampu. aku selalu terfikir kenapa mesti aku ada perasaan ini.

:'(


jumpa kawan :)

created 23 September 2012.

akhirnya dapat berjumpa dengan kawan yang dah lama aku cari. iaitu si dia : Elynda Bemused.

kenal kat facebook je pun mula2. dia add tak silap. tanya pasal gitar. hoho.

aku tengok kat gambar dia ni macam tinggi tau. tapi bila dah dapat jumpa dia kat KMS ni, ala comelnya dia ni. kecik je >_<

aku lagi tinggi. hehe.

sekarang, kami rapat ^_^

Terima kasih Allah ^^


created 10 September 2012 6:31 PM

hehe. ok. hari ni sangatlah gembira. kerana apa?

tadi tiba2 ayah aku mesej aku dan bertanya "nak samsung mana? ace ke, notes ke, s3?"

senyum aku dapat mesej macam tu. mak aih, biar benar ayah aku ni. aku mintak ace je. sekali dia offer tiga2. setelah bertanya kepada rakan2, aku pun membalas yang aku nak Samsung Galaxy Note. hehe.

tapi pelik juga sebab tiba2 je ayah nak belanja fon ni. tapi biarlah. rezeki ^^

beberapa minit kemudian, aku dengan tak malunya mintak Note 2 =='

dan ayah aku membalas bahawa Note 2 mahal. lagipun baki daripada beli Note karang nak bagi aku untuk daftar ambil lesen kereta dan motor. what the…! aku sangat terkejut. kenapa ayah aku begini? ganjaran dekat aku supaya aku belajar rajin2 ke? hehe. ini suatu semangat. apa2 pun, aku ucap terima kasih banyak dekat ayah aku. terfikir juga, macam mana dia boleh tahu yang aku nak sangat Note. sedangkan aku minta Ace je dekat dia. ok biarlah. aku lagi dalam mood gembira. hehe.

terima kasih Allah atas rezekiMu. terima kasih abah kerana memahami anakmu ^^


outing.


created 7 September 2012 5:58 PM

hehe. seronok outing sebab pakai baju tshirt KMS dan seluar. ok, sangat tak sangka boleh pakai tshirt rupanya. tapi syaratnya pakai baju tshirt KMS lah. hehe.

sampai di pekan Banting, singgah di Secret Recipe. okey, jujurnya aku baru first time masuk Secret Recipe. jadi sangatlah jakun. haha. sedih tak? :P

aku order Strawberry Milkshake dan Mushroom Soup.

pergi dengan mereka :)

kemudian berjalan ke The Store survey handphone. kedai cenderamata kot lepas tu. pastu Pizza Hut. pastu balik!

aku beli apa je? beli sabun badan jenama PROTEX Fresh 4x75g berharga RM5.80. haha. bila aku cerita macam ni kat kawan aku yang lain, dorang kata aku cerita sangatlah detail. bagus kan tu? hehe.

sampai KMS ingat nak main basikal alang2 dah pakai baju sukan. tapi lambatnya buka =='

pastu nak main hoki pun stor sukan buka lambat. eh kenapa semua lambat ni?

kenangku dalam doamu.


7 September 2012 1:59 PM

hari ni kawan aku keluar matrik. dia nak pergi sambung kat KIST Kelantan tak silap. ambil Diploma Nursing. sangat sedih. sebab dialah kawan yang bagi aku semangat untuk terus belajar di sini. tapi last2 dia yang keluar sebab nak capai cita2 dia.

aku tak tahu pun dia ada masalah yang sama seperti aku masa mula2 masuk dulu. ye, memang aku banyak kali kata dia jahat sebab buat aku macam ni. dia dah bagi aku semangat tapi dia yang nak keluar.

tetapi aku takleh buat apa2. dia pergi pun untuk mencapai cita2 yang dia inginkan dari kecil lagi.
dan, día juga salah seorang rakan yang menyedarkan aku untuk mencapai cita2 yang aku inginkan.

dia tak mengajak aku untuk keluar. hanya menyedarkan.

kawan, aku harap kau takkan lupakan aku. aku pun insha Allah tak akan lupakan kau. terima kasih untuk segalanya selama kita berkawan. terima kasih juga sebab bagi semangat dan kata2 motivasi. aku sangat hargainya. kawan, kau sudah sambung belajar dengan mengambil course yang kau nak sangat. aku harap kau tak lepaskan peluang ni. belajar rajin2 ye. aku doakan kau. dan doakan aku juga kawan :')

ha ha, dia yang tudung hitam. jangan tengok tudung putih tu. sebab dia comel sangat :P
oh ye, selamat tinggal kawan :')


bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan terpisah

beri aku peluang.


created 6 September 2012 8:37 PM

aku ingin berbincang dengan ibu bapaku bahawa aku ingin menyambung diploma. bila ibu call, aku jawab, tetapi tak sangka aku masih lemah untuk berbicara tentang hasrat aku. entah mengapa tiba2 air mataku mengalir, kerana aku tahu ibuku pasti akan memarahi aku kerana meluahkan hasratku ini. aku tidak sedikit pun terfikir nak mengecewakan dia. justeru itu aku memilih diploma. dia tidak tahu bahawa aku sudah tidak bersemangat lagi belajar di sini. aku langsung takleh bercakap gara2 nak menahan air mata keluar. tapi aku lemah.

kenapa dia susah nak beri peluang kat aku? aku nak buktikan yang aku boleh berjaya dalam hidup. masa on the  phone tadi pun dia tak bagi peluang kat aku nak jelaskan semuanya. dia terus memarahi aku.

aku cuma ingin berjaya dalam hidup dengan capai cita2 yang aku minat. kenapa dia perlu memaksa aku untuk menerima benda yang aku takkan terima?

ibu, tolonglah faham anakmu ini. anakmu mohon :'(

aku tak nak kecewakan ibu pada masa depan. bukankah sia2 kalau aku masuk sini tetapi tak dapat score?

tolonglah. aku tak sanggup lagi nak belajar benda berat2.

kadang2 aku rasa menyesal mohon matrik. kalau aku tak mohon matrik, mesti aku dapat upu. mesti aku dapat course yang aku inginkan. mesti aku boleh fokus masa belajar. mesti aku berjaya!

aku stress di sini. ibu, tolonglah faham.

Allah, bantu aku.


created 6 September 2012 7:03 AM

"berusaha untuk terus tersenyum walaupun hati menangis. aku tak nak tunjukkan kesedihan ni kat orang lain. tapi memang sedih sangat2 bila dengar kau nak keluar. aku tak halang. itu pilihan kau. dan aku doakan kau berjaya. dan aku nak cakap aku sayang kau sangat2. dan nak nangis tadi bila tahu kau nak keluar. tp aku kuatkan hati. tak nak tunjukkan semua tu depan orang. kita ditemukan oleh Allah dan kita berpisah keranaNya juga. redha dan pasrah. dan terima juga pada qada' dan qadar," kata kawan Omey.

aku telah memberitahu beberapa rakan aku yang aku nak keluar dari matrik ni. tak tahu pula kawan aku ni betul2 sedih. aku ingatkan mulut dia je berkata yang dia sedih, tak perlu keluar semua.

"kepada kawan yang ku sayang, aku tak berniat untuk buat sesiapa sedih. lagi2 kawan yang aku sayang, kau. memang aku memilih untuk keluar. tapi aku masih lagi meraih kepercayaan daripada ibu bapa supaya dapat keizinan dan restu dengan keputusan aku. aku tak nafikan aku boleh belajar kat sini. tapi sini bukan pilihan aku. aku tahu orang akan kata rugi sebab keluar matrik ni. tapi aku lebih rela keluar daripada dapat CGPA rendah. kawan, hidup aku berisiko kat sini. aku belajar 2 tahun di matrik ni. dan aku kena score 3.0+ setiap sem. kalau 1 sem aku dapat bawah 3.0+, belum tentu aku dapat teruskan cita2 aku. aku minat Computer Science,  tapi kena belajar benda lain macam Chemistry, Biology. bukankah itu rugi? sedangkan aku boleh fokus pada Computer Science je. aku dah rasa aku salah pilihan bila masuk sini. tapi masih belum terlambat nak ubah hidup. aku nak dahulukan minat aku walaupun terpaksa tolak hasrat ibu aku. aku masuk sini pun sebab ibu aku yang mahu. aku tak nak ibu gembira sekarang tapi kecewa pada masa depan. aku sayang kau. dan kalau ada rezeki, kita boleh jumpa. bila aku dah dapat keizinan dan restu untuk keluar dari sini, aku bagitahu kau ye kawan," balas Omey.

cuba teka berapa page mesej aku bagi kat dia? 6! haha. itu pun nak bagitahu. macam orang lain tak pernah bg mesej panjang2 pula kan. aku panjang pun bagi mesej sebab tulis ayat penuh =='

merapu merepek dah aku ni.

em.. ini pun bestfriend aku tak tahu lagi. kalau dia tahu mesti dia marah aku. huhu.

blog, kalaulah kau ada perasaan, kalau kau boleh bercakap. aku yakin kau mesti akan tolong aku. sob sob :')

dilema.


ditulis pada 5 September 2012, 8.42 pm.

ye, aku dilema.

dilema samada ingin meneruskan matrik atau pergi mengejar cita2 yang aku inginkan.

aku masuk matrik ni sebab aku nak menunaikan hasrat ibuku. sebab dia teringin nak salah seorang anaknya jadi doktor. sebab abang2 aku semua ambil yang berkenaan komputer.

tetapi, petang tadi kawan aku menceritakan segala2 nya. apa kebaikan matrik, kebaikan ambil diploma. keburukan matrik dan keburukan diploma. biasalah, setiap perkara ada baik dan buruknya.

apabila kawan aku bercerita tentang diploma, ye, jujur aku rasa aku ingin keluar dari matrik. dia seolah2 menyedarkan aku. dia tak menghasut aku untuk keluar matrik. tetapi hanya menyedarkan aku. dia hanya aku ingin berjaya bersama2. dia ingin aku mencapai cita2 sendiri.

katanya, tentang cita2, biar kita yang tentukan. jangan terlalu ikut harapan mak ayah. memang seperti melawan kata ibu bapa. tetapi cita2 sendiri itu penting. katanya lagi, capai cita2 dahulu. kemudian bila dah berjaya, kita masih boleh sambung belajar dalam apa2 bidang sekalipun.

ye, aku dilema.

tetapi aku rasa ingin keluar dari matrik ni. kerana ingin mengejar cita2. kita perlu kejar apa yang kita minat dahulu.

kawan, terima kasih atas nasihatnya. aku sangat menghargainya. aku harap kita akan berjaya mengejar cita2 kita bersama walaupun lain tempat belajar. aku nak kita dapat anugerah Dekan seperti yang engkau katakan :')

Allah, bantu hambamu ini. terima kasih Allah :')


jujur, aku rindu.


ditulis pada 4 September 2012, 11.20 pm.

kawan, aku rindu saat2 dulu. kita together2. bila kamu semua susah, aku sentiasa sudi tolong. dan ye, jujur aku tidak mengharap langsung pertolongan daripada kamu semua kalau aku ada masalah.

kau kawan, dahulu minta pada aku lagu Najwa Latif - Sahabat. then kita pun bluetooth. kemudian kau terus pasang dan kata yang kau hadiahkan lagu ni kat kami, kawan2 kau.

kemudian kerana kebodohan aku, kamu semua seolah2 menjauh daripada aku. aku tak tahu sama ada ini hanya perasaan aku atau kenyataan.

tapi kawan, aku sedikit pun tidak kisah. percayalah. aku hanya ingin jujur dengan kamu semua. aku hanya ingin jujur dalam persahabatan. bagi aku, persahabatan sangat penting. sejahat mana pun seseorang itu, jika aku sudah berkawan dengannya, aku akan tetap menganggapnya kawan.

sekarang, kita masih bertegur dan bercakap juga. tapi jarang dan pada hal2 yang penting sahaja. tiada lagi borak2 kosong seperti dahulu.

kawan, kalau kamu semua merasakan bahawa aku yang menjauhkan diri, percayalah bahawa aku sedikit pun tak terfikir nak buat macam tu. mungkin kerana aku yang takut untuk menegur kamu semua. atau mungkin kerana aku tidak tahu nak kata apa.

kawan, kalau masa boleh diputar semula, memang aku akan putar. aku mahu wujudkan kemanisan dalam persahabatan kita, mencipta kenangan manis dan memori.

aku harap walaupun kita jarang bertegur, kamu semua masih menganggap aku sebagai teman.

kalau aku dah tiada kang, doakan kejayaan aku ye :)

maaf kawan. jika disentuh tentang persahabatan, aku akan ingat selalu pahit manisnya.

terima kasih sudi kawan aku selama ini. aku sentiasa doakan kamu semua selepas solat. semoga berjaya dalam hidup kawan.

jujur, Omey.

makan makan makan!


Ditulis pada 1 September 2012.

Assalamualaikum.

hari ni memang tak duduk rumah langsung pada waktu siang. berjalan je kerja. dan makan!

bertolak ke tanjung karang. singgah rumah kawan mak dan ayah. makan mee jawa. kemudian singgah kenduri kahwin. makan nasi putih (entah kenapa aku tak suka nasi minyak). pastu otw ke Ijok, singgah McD bali GCB 2 melalui Drive-thru. ok, makan lagi.

ni ha ni ha. amm~


pastu singgah rumah kawan abah pula. ok kitorang memang tak larat makan dah. setakat minum air dan makan kuih raya je. haha.

pastu sampai Ijok singgah rumah kawan. kawan lama. tak sempat pula bergambar dengan dia. makan lagi. tapi kuih raya je. hehe.

aku harap banyaklah berat aku naik lepas ni. hehe.

sekarang pula pada 8.57pm sedang lapar. takde makanan sebab siang tadi makan kat luar je. makan untuk sarapan, tengahari dan malam sekali :D

aku sebenarnya masih tertunggu2 Double Prosperity Burger. dulu nak beli tak dapat sebab dah habis. huhu.

ok, terima kasih ^^

hamster kesayangan, Boni!


Ditulis pada 31 Ogos 2012.

Assalamualaikum.

hey hey, tengok apa yang aku ada. haa, ini hamster kesayangan aku bernama Boni.
kenapa nama dia Boni? sebab dia ni albino.
haa.. kenapa tak panggil Bino? sebab aku ada 2 hamster albino.



asalnya aku beli hamster 2 ekor. jantan dan betina. pastu beranak 3 ekor. pastu maknya makan semua. mungkin maknya tahu anaknya tak mampu nak survive. ataupun 1st time beranak, so dia stress. its normal thing kalau hamster makan anak sendiri.

kemudian dia beranak lagi 8 ekor. pastu tinggal 7 ekor sebab maknya makan sekor. lantaklah dia nak makan xD

7 ekor ni, 3 ekor warna sama - oren putih. 2 ekor warna macam parents dorang. dan 2 ekor lagi ialah albino.

anak2 mereka aku dan adik2 ku dah jaga selama 2 bulan lebih. yeay!

kami sayang hamster kami ni ^^

hensem tak hamster aku, Boni? hehe >_< (dia jantan)

excited dapat balik rumah!

Pada 31 Ogos 2012.

Assalamualaikum.

kenapa aku excited balik rumah? sebab parents aku jemput hari ni! hehe.

takdelah, sebab selalunya aku balik rumah naik public transport. sekali parents amek, perasaan nak balik rumah tu membuak2 macam aku tak pernah balik bertahun2. haha. padahal minggu lepas dah balik cuti raya. hehe. gedik juga aku rupanya.

biasanya parents hantar aku balik KMS je. aku yang mesej parents boleh amek aku ke tak. ingatkan suruh aku balik sendiri. tapi jawapan mereka, esok mereka amek. Alhamdulillah ^^

ok blog, terima kasih kerana sudi diconteng dengan isi kamus hidup aku ^^

malam ambang kemerdekaan di Dataran Kosmik KMS.


Assalamualaikum.

pada 30 Ogos 2012, pihak KMS telah mengadakan ambang kemerdekaan. sebab apa? sempena menyambut hari merdekalah. hehe.

mula2 solat maghrib dan isyak berjemaah. kemudian aku rasa haus, aku pergi koop. mak aih, koop dah jadi macam tin sardin. sesak gila! kebiasaannya memang macam tu kalau KMS ada buat event. hoho.

lepas tu, berkumpul kat Dataran Kosmik. macam2 persembahan ada. nyanyian, sajak, berlakon. persembahan khas pun ada! iaitu Sir Azra menyanyi! fuyoo~ suara dia memang nampak sangat menunjukkan yang dia nervous waktu tu. hehe. tapi sedaplah suara dia :)

kemudian, countdown! hehe.

10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1

phiu~ pom pom pom….~

apa tu? fireworkslah ^^

tak sangka KMS buat fireworks. hehe. ok ini memang pengalaman pertama dapat tengok fireworks dekat2 dan live! yeeha~

ok, terima kasih ^^

Aku sayang bangsaku!

Assalam, selamat sejahtera.

kejadian berlaku pada 30 August 2012, pada kelas terakhir aku di bilik tutorial di kolej.

masa tu aku sedang on the way ke kelas tutorial lagi. bila masuk bilik tutorial, aku pelik tengok kawan2 aku berkumpul dekat 1 meja ni. aku pelik dan joinlah tengok sekali. rupanya sebuah karangan yang terdiri daripada 1 perenggan sahaja. tetapi boleh menimbulkan ketidakpuasan hati semua pihak. nak tahu apa katanya?

MALAYS ARE RACIST. budak ini berkata bahawa orang melayu hidup mewah bukan atas keupayaan sendiri. dia berkata lagi bahawa melayu bukan asal daripada Tanah Melayu tetapi lari dari negara seberang. dia berkata bahawa melayu telah mengubah sejarah. dia menulis yang Parameswara adalah putera India dan masuk Islam. tetapi dia mengaku dia MALAYSIAN kerana dia menulis -from MALAYSIAN-

maaf, ini sahaja yang dapat aku kongsikan. kerana aku sudah lupa. dan aku juga tidak tahu siapa yang tak puas hati ni.

komenku: mengapa pelajar ini tidak puas hati dengan bangsa melayu? aku tak suka bangsaku dihina seperti ini. yang pasti pelajar ini mesti bukan melayu. dan aku benci bila die mengaku dia MALAYSIAN, tetapi mengutuk sesama sendiri. atau adakah pelajar ini hanya ingin mencari publisiti?

Happy Independence Day guy :)

Facebook ada kebaikannya.

Assalam.

mengapa title seperti itu?
sebab facebook adalah salah satu sumber aku berubah menjadi lebih baik. yeay! ^^

tak percaya? sekarang kan ramai yang berdakwah di facebook. tak kurang juga yang update status kata2 motivasi. kadang2 aku pun update status yang boleh menasihati diri aku sendiri dan boleh diguna pakai oleh orang lain.

ye, semua orang ada facebook. pada sesetengah orang yang takde facebook tak bermakna dia kuno atau ketinggalan zaman. bagi aku mereka orang yang sangat beruntung kerana tak dipengaruhi oleh rakan2 yang mungkin ingin mengajak mengumpat :)

aku juga kadang2 pernah terfikir untuk deactivate fb. tetapi aku manusia. aku sayang facebook aku. hehe.

akhir kata, sila pandang positif pada sesuatu perkara. boleh jadi kamu sayangkan perkara itu tetapi ia sebenarnya buruk untuk kamu :)

Apabila hujan di KMS...

Assalam.

just wanna show keadaan KMS bila hujan lebat. huhu.

nampak tak banjir? haa...


aku bersama kawan sekelas terpaksa melalui jalan jauh untuk sampai ke destinasi :P

mengapa ini semua harus berlaku?

fuh fuh *tiup blog aku yang dah berhabuk sangat ni.

hey. gila lama tak edit blog. memandangkan life di KMS sangat busy. hehe.

aku ingatkan bila sambung belajar, aku tak busy. rupanya sangatlah busy. hehe. baru aku memahami kenapa orang2 yang further study ni sangat busy sampai tak boleh online.
sebab selama ni aku ingat senang je dorang nak online. rupanya tak *sudah merapu.

content berkenaan title yang ditulis ialah, aku menangis kerana tension! :'(

hati aku masih sedikit tidak ada di KMS ini. aku masih tak dapat nak ikut cara belajar yang sebetulnya kat sini. fuh *tarik nafas, lepas.

ramai dah aku tanya, mereka memberi jawapan yang sama. mereka sangat bagus kerana nasihatkan aku. tapi hati aku sangat keras. huhu.


tapi demi mak ayah, aku betul2 nak belajar sungguh2.

kecewa dan frust dan stress!

Assalam.

sangat lama aku tinggalkan blog. hye blog. bila sedih je aku cari kau. kesian kau kan. hari ni aku sangat sedih sebab hari ni keluar keputusan rayuan. dan aku masih tak dapat rayuan upu!

hati aku hancur, remuk, pecah berderai :'(

dahlah yang mula2 tak dapat. rayuan pun tak dapat. sape tak sedih. kecewa ayahku :'(

tengok bukti ini

Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)

Assalam dan selamat sejahtera.

bakal masuk matrik selangor. join group ini. macam2 ilmu boleh dapat. gelak besar sampai pecah perut pon boleh. haha.

group FB KMS.

Selamat tinggal, sementara :'D

Assalam.

memandangkan blogger pon dah berubah menjadi baru, nampaknya aku terpakse melupakan blog sementara. kerana wajah baru blog membuat internet aku menjadi lambat!

sampai di sini saja ;D

p/s: aku ade header baru. memang aku nak pon buat header besar 1 screen. lol

Bila dah mamai...

Assalam.

pagi tadi dikejut bapa. bangun menunaikan kewajipan. tapi entah kenape mate ni rase terlalu mengantuk sangat. mungkin sebab teruk sangat menanges kot semalam xD

lepas tu, pergilah sambung tidur kat bilik abang aku. ok, abang aku takde pon kt umah. kerja dan sambung belajar.

dalam pukol 8.50, adek M aku kejot. suroh bangun, basuh baju, mandi nak pergi 'KLCC'. pastu aku angguk2 je lah. name pon mamai. angguk je aku tau.

bila aku dah bangun, dah sedar sepenuhnya, aku tanye adek H aku nak pergi mane2 ke. die kate taktau. aku suruh tanye adek M, sebab die kate pergi KLCC. pastu tak tanye pon, terus tanye mak. bila dah tanye, rupenye suroh siap pergi KFC bukan KLCC.

gelak2 je aku. dah tu mamai sangat =.=

betul la kate mir. kalau ngantuk tidur. sebab macam2 boleh jadi. tapi kalau mamai pon boleh jadi macam2 jugak mir xD

http://www.oddtodd.com/SLEEPY~1.jpg 
google image.
teruk sangat ngantuknye sampai tidur macam ni?

p/s: ok, tahu entry ini bosan.

petunjuk:
adek H: Huwaida
adek M: Maisaroh

Contest: Jom Isi Kotak Dan Menang

Assalam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWQ5ow2E00S19eKAvwhrsz-FCKdYl4smGq1QvsR9ZqT3Ku_35bpdMtIQ2rSu48mcscIg8xMJnfZjW3uy-vPFMM3QnVFnay2YqJ0Iee4RB8MuaYpKMy4asmrfvg7dXvgGVH7ybm_bCfBltS/s1600/pizap.com13338211264691.jpg 

aku nak bgtau yg aku join contest ni. contest mudah ok ;)
lagipon aku lebih minat join contest dari Giveaway.
sila klik banner jika mahu join.


agak2 kalau mereka boleh bercakap...


tag Faraa, Mir & Wani

Jangan buat pada orang kalau tak mahu terima balasan sama.

Assalam.

entry ini berkenaan luahan hati. kenape aku menulisnya? sebab dia yang aku dah padam dalam memori mengatakan rindu pada aku baru tadi. aku sangat kurang suka bile mengungkit benda lame.

dulu dia bersama aku. tapi tak lame pon. 18 atau 20 hari je kot. lepas tu kate dia tak layak untuk aku. dulu memang aku sayang die. sampai aku terhegeh2 pergi kat die balek. tapi die tak layan. lepas tu, aku terime hakikat yang aku dan dia memang tak mungkin bersame lagi.

http://www.myemospace.com/images/Broken-heart-14.jpg

dan ketika aku mula sayang pada orang lain, die pula datang terhegeh2 nak aku balek. asalnya memang aku tak mahu. tapi aku terima sebab kesian~
tak lame jugak. 1 bulan je bertahan. sebab makin lame perasaan aku makin pudar pada dia. perasaan aku ade pada orang lain.

tapi sekarang, secebis perasaan pon takde kat die. KOSONG. entah kenape, bile die mesej aku rase menyampah sekali. benci mungkin.

hati aku dah dirawat orang lain. dia rawat aku sebaiknya :)
http://www.myemospace.com/images/Broken-heart-16.jpg

pengajaran entry ini: "what goes around come around"

p/s: perasaan ketika menulis entry ini ialah geram menyampah + suke sayang. kau ade? HAHA.

Awesome! :O

Assalam.

ade 3 mimpi awesome yang aku nak cerita.


1. aku mimpi dia. hewhew. kalau boleh hari2 nak mimpi dia. sebab dia je kawan yang selalu ade setiap susahsenang jatuhbangun sukaduka aku. sayang gile aku sama dia ni. hehe.

2. semalam, 8 April 2012 kan ade Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
aku mimpi blogger hebat ni, lagi hebat dari artis. haa.. dalam mimpi ni aku siap belanje die lagi tau. kau ade? takde. kelaaas kau Omey~ *tangan di bahu mata ke atas* (maaf orang yang ditag jika ini annoying T_T)

3. aku mimpi si comel ni ha. sebab aku teringin nak memiliki si comel ni ha. tapi jauh. kalau aku ade lesen kereta memang dah lame aku berkenalan dengan si comel ni. huhu. nak bawak aku pergi jumpe si comel ni tak? dekat Klang je. tak bawak pon takpe, belanje aku si comel ni pon ok jugak. tak mahal pon :P


so cane? Awesome kan mimpi aku? baek kau cakap Awesome, kalau tak kau belanje aku si comel. haha.

p/s: ade yang kate mimpi ni mainan tidur. ade yang kate kalau seseorang tu tak mimpi, die bukan manusia normal :O

http://www.dunmiscue.com/wp-content/uploads/2010/07/Dream-Interpretation.jpg

Contest Cover Photo.

Assalam.

orang buat contest, aku pon menggedik nak buat contest. bukan contest saje2 ok T_T
nah tengok, silakan. pade sape yang nak join.

Syarat penyertaan:
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai akaun Maybank
  • Menggunakan nombor prabayar Celcom/ Maxis/ Digi sahaja
  • Like page ini > Tekan sini < (memudahkan anda yang join kalau ada apa-apa)

Apa yang perlu anda lakukan:
  1. Design Timeline Cover Photo page BTK ini berukuran 851pixels x 315pixels. Terpulang anda mahu corak/ design macam mana sekalipun, tetapi digalakkan ikut tema page.
  2. Attach Cover Photo anda kepada page BTK. sekarang page facebook dah boleh message kan. message tau, bukan tepek dekat wall.
  3. Kemudian, kami akan upload Cover Photo anda dalam album page BTK.
  4. Lepas kami upload, anda buat la macam mana sekalipun untuk cari Like. sebab kami ambil pemenang berdasarkan Like paling banyak ok.

anda diberi masa sehingga 30 April 2012. cukup lame kan? lepas tu, kitorang akan announce sape pemenang. pemenang SEORANG sahaja.

Hadiah yang ditawarkan:
  1. Wang tunai RM10 (sebab tu digalakkan ada akaun Maybank)
  2. Jadi agen topup secara percuma (atas permintaan pemenang)

cukup kan hadiah banyak ni? berbaloi kan? berbaloi ok ;D

terima kasih dan semoga berjaya ;)

    Tak mahu jaga, kau buang.

    Assalam.

    sungguh geram dengan manusia2 yang membela anjing di kawasan perumahan aku ni. kalau dah tak suke pon, buang jauh2 boleh? jangan lepas macam tu je. bile anjing tu dah merayap, boleh memudaratkan orang lain tau! lagi2 kalau anjing tu jenis yang suke menyalak dan mengejar atau menggigit orang lain.

    bila tuding jari tau pulak nak mengamuk, tak nak ngaku. payah payah. kalau tau jadi mcm ni, tayah ngade2 bela anjing. kan senang.

    sekarang anjing tu dah jadi liar, berkeliaran sane sini takde arah. pastu bile lapar selongkar tong sampah manusia lain. nanti yg kene kemas tuan rumah tu jugak. kalau nak tolong kemaskan balek takpe jugak. tade orang nak marah. kau nak selongkar suke hati kau. tapi kemaskan balek.

    dah tu, berkeliaran lagi. menyalak sane sini. mengganggu ketenteraman manusia lain. sampai malam2 pon nak menyalak. nak tdo pon tak lena. aku ni pulak dah la jenis negative thinker. bila dengar anjing menyalak, mule la aku pike bukan2. oh sedih sedih.

    lagi2 rumah aku kene tempias. pelik sungguh. ape ade kt rumah aku sampai semua anjing dan kucing kat taman ni suke datang dan lepak rumah aku? boleh jadi mini zoo kucing dan anjing. terpakselah sentiasa tutup pagar tu supaye anjing tak masuk. huhu.

    haiyo, aku lepas geram pon bukan jiran2 yang membela anjing ni bace :P

    http://images.wikia.com/catdognickelodeon/images/f/f8/Cat_angry_At_Dog.jpg

    Allah mengurniakan kebijaksanaan kepadaku.

    Assalam.

    aku mencari duit dengan jual topup dan mendaftar orang lain yang nak jadi agen topup. name pon cari duit. jadi kalau nak jadi agen ade yuran pendaftaran jugak la. tak mahal, murah je (ok, terpromot pulak).

    malam semalam, ade orang hantar mesej kepada aku. mengatakan yang die nak daftar jadi agen. amek pakej M iaitu Master. yuran pendaftaran berharga RM20 sahaja yang dikenakan oleh kami. die tulis die bayar RM40.

    kemudian pagi hari ini, aku dengan bersemangatnye mengajak Faraa untuk pergi bank. nak cek akaun la, kot2 orang tu dah bank in duit RM40 seperti yang dikatekan. takde la lame orang tu menunggu nak jadi agen.

    sampai kat bank, cucuk kad bank kat mesin atm tu, masuk pin iaitu ****** (nak tau ke?), kemudian pergilah ke pertanyaan baki. bila cek2, tade pon orang tu bank in duit. disaksikan sendiri oleh Faraa. baki dalam akaun aku tetap RM12 (ok, terasa sungguh kurang kaya).

    kami jadi agak marah. tapi nasib baik jugak. kitorang tak daftarkan die lagi. sebab pengalaman lepas mengajar manusia. aku dah tak sanggup kene tipu lagi sekali.

    kami bersabar je la dengan perangai orang begini. takpelah, bukan rezeki kami lagi. insyaAllah akan datang ade la tu rezeki kami ;)

    http://www.shakirshafiee.com/v1/wp-content/uploads/2011/07/rezeki.png

    Adakah ini cemburu sihat atau tidak?

    Assalam.

    here (blogger hebat)
    kenape dengan Kakak ni? aku cemburu dengan Kakak ni. bukan cemburu sebab blog Kakak ni lebih cantik atau ape. bukan cemburu sebab Kakak ni ramai follower (aku main cakap je). tapi cemburu cara die menyampaikan informasi atau meluahkan perasaannya sendiri. ayatnya yang senang difahami dan senang dibace. yang simple. banyak informasi berguna. banyak idea. dan kebanyakannye benda yg sering berlaku di sekeliling manusia. setiap kali die update blog, aku selalu bace.

    aku pon tak tahu macam mane nak describe cara penulisan Kakak ni. yang jelas, aku sangat cemburu. cemburu.

    maaf Kakak blogger hebat kerana cemburu pada Kakak. jangan marah ok Kakak. semoga terus menjadi blogger hebat ;)

    Karnival Jom Masuk U dan Festival Kasut di PWTC, Kuala Lumpur

    hari ni aku pergi PWTC. macam2 yang aku dapat tengok. memang sangatlah ramai orang. tapi naseb baek aku masih boleh bernafas. haha. menipu je kalau tak boleh bernafas kan ;)

    macam2 rupenye tempat pengajian ni. yang aku tak pernah dengar pon ade. tak tahu pulak aku. aku masuk amek je sume flyer, pemplate (ntah btol or tak ejaan), macam2. paling penting amek UiTM, UTeM, UTM dan UPSI :)

    selain Karnival Jom Masuk U, kat PWTC ade Festival Kasut :O
    masuk sane memang macam2 kasut ade. aku beli selipar je. selipar google je :D



    selain tu, kat Festival Kasut tu, aku ternampak sorang artis ni la. ABON! tapi aku tengok die santai je. takde pulak orang berebut amek autograph. pelik ni. lantak la asal mereka bahagia. haha. tak dapat pulak aku nak tunjuk bukti jumpe Abon tadi.

    p/s: kali kedua jumpe artis.

    Lama ditinggalkan.

    dah lama aku tinggalkan blog. aku rase kasihan dengan blog ni, jadi aku update lah satu walaupun aku tade idea nak tulis ape.

    dah lame aku tinggalkan 21 Mac 2012 yang lalu. ye, aku sangat berbangge dengan apa yang aku dapat. syukur Alhamdulillah.

    dah lame aku tinggalkan kawan2 ATPN, SBU dan Bestari Jaya. rindu itu ade. tapi kite dah jauh kawan. ade rezeki kite jumpe :)

    yang ikhlas,
    Omey

    Tablet tablet tablet !

    ade tablet nak dijual. sila la tengok. dan kalau berminat bgtau la ye ;)




    10.2 inch Zenithink z102 Android 4.03 ICS Cortex-A9 1Ghz



    RM620

    ITEM:
    Model: Zenithink Z102 (Original)

    LATEST Original 10.2" Zenithink Z102 Cortex-A9 1Ghz Android 4.03 ICS
    Touch Screen Tablet PC

    ** Wifi + HDMI + GPS build in + Camera + 3G Modem + LAN
    ** 512MB RAM + 4GB
    ** Support 3D games

    BRAND NEW NOV 2011 **
    NEW UPGRADED!! Cortex A9 MODEL

    3 x FASTER CPU & GREAT 3D PERFORMACE compare to
    'SUPERPAD III / FLYTOUCH 3/5' using Infotm X220/X225 !!!

    Zenithink Z102
    10.2 Inch Resistive 2 Point Touch ZOOM
    Android 2.3.4 Cortex A9 1GHz 4GB HDD
    512MB DDR Wifi + 3G USB SUPPORT
    (80% or 3 x Faster than Superpad III, IV, V / Flytouch5 X225

    Android 4.03 ICS with Adobe© Flash 11 support
    Zenithink Z102 Cortex A9 Processor at 1GHz with ARM Mail-400 3D Graphic Built-in !!

    (3x cpu & 3D speed /2D faster than Superpad III Flytouch5!)

    1 Year Local Warranty
    (1 Year Local Warranty on Manufacturer Defects.)
    We are doing 1 year local shop warranty. Not like others sellers may ask for shipping cost to ship to oversea supplier/manufacturer which may cost u RM50+- per repair,
    Or some need to add on money (RM30 to 60) to get 1 year warranty.
    Hence buy from us definitely is VERY WORTH.

    Package (What You will Get):
    1 x 10.2" Zenithink Z102 Tablet PC
    1 x DC Adaptor / Charger
    1 x User Manual
    1 x GPS Antenna
    1 x Company Receipt

    FREE Gifts Set!!!
    1 x Earset (RM15)
    1 x Screen Protector - Fixed (RM 15)




    NetPad W1s Tablet PC+Phone (2nd Generation)



    RM450 Full Set + FREE POS

    Item:
    Netpad W1s 7 inch WonderMedia (WM8650, 800Mhz) Original Rooted Android 2.2 MID Tablet PC (New version with slim in Size)
    With Real Android Market.

    NEW Design NetPad W1s with Real Android 2.2 froyo
    GSM Phone Voice Call + SMS Function
    4GB Version 256MB DDR3 RAM
    WonderMedia WM8650, Dual Core 800 Mhz
    Come with latest and stable Officail WonderMedia firmware 1.5.5 (Not those modified firmware).
    We give Original Official Firmware with Real Android market ready. Those which come with china APP market only need to use modified firmware to get Android market.
    Support Flash 10.1
    Support Real Google Android Market (Note: Others might only have app market or others china market)
    Rooted Android Version
    Working RJ45 Ethernet ADSL (You can connect internet via RJ45 also)
    Camera (At the back)
    Sensitive Resistive screen
    Using INNOLUX Branded LCD (more quality and clear in color)
    2 USB PORT and 1 LAN port via USB adapter. (Included in package)
    Support RMVB Movie/Video
    Grade A Quality Battery
    Support Wifi / Wireless a/b/g/N
    G-sensor - Gravity 4-Dimensional

    Package Content:
    1 x NetPad W1s WonderMedia WM8650 Apad in ORIGINAL BOX
    1 x Power Wall Charger
    1 x User Manual
    1 x Purchase Receipt

    FREE FREE Gifts Set Worth RM60 !!!
    Free 1 x Sleeve Clothes Case (RM20)
    Free 1 x Additional Screen Protector (RM20)
    Free 1 x Earphone (RM20)
    Free Pre-installed many games, Documents To Go, Youtube, etc...

    1 Year Local Shop Warranty
    (1 Year Local Warranty on Manufacturer Defects.)
    We are do warranty locally. Not like others sellers may ask for shipping cost to ship to oversea supplier/manufacturer which may cost u RM50+- per repair,
    Some sellers even have optional to upgrade to local warranty which is cost RM50 per year.
    Hence buy from us definitely is VERY WORTH)




    ViewSonic ViewPad 7" 3G+Wifi+GPS (Boleh Call & SMS)



    Price RM850 FREE POS
    Harga Pasaran RM899 Keatas.

    SPEC...
    Processor and Memory:
    Qualcomm MSM 7227 600MHz
    512MB SDRAM
    512MB NAND Flash
    One microSD card slot supports up to 32GB

    Operating System and Software:
    Embedded Android 2.2 Operating System
    Documents to Go lets you open and edit documents in Microsoft Word, Excel, and PowerPoint, as well as open PDF files
    Aldiko allows you open ePub-formatted eBooks.

    Communications:
    Phone: GSM (850, 900, 1800, 1900MHz), UMTS (900, 1900, 2100MHz)
    HSDPA 7.2Mbps / HSUPA 2Mbps
    W-Fi (IEEE 802.11b/g) wireless networking
    Bluetooth 2.1 + EDR technology

    Battery and Power:
    3240mAh Li-ion battery, up to 6.5 hours of video playback1
    Charging via charger or USB when connected to any computer system

    Environmental requirements:
    Voltage: 100 - 240VAC, 50/60Hz (universal), DC 5V/ 2A
    Operating temperature: -10°C - 65°C
    Operating humidity: 90% (non-condensing)

    Colours, Dimensions & Weight:
    Dimension: 179mm (width) x 110mm (height) x 11.5mm (depth)
    Colour: Black
    Weight: 375g

    Graphics and Video:
    7-inch (diagonal) TFT widescreen display
    800x480 (WVGA) native resolution
    Graphics processor supports 3D acceleration
    3-megapixel rear camera and VGA-quality front camera

    Audio:
    Two 0.5W stereo speakers

    Supported Audio and Video Formats:
    Audio: AAC LC/LTP, AAC+, Enhanced AAC+, AMR-NB, AMR-WB, MP3, MIDI, Ogg, Vorbis, PCM/Wave
    Image: JPEG, GIF, BMP, PNG
    Video: MPEG4-SP, H.263, H.264 AVC

    Location:
    GPS/Assisted GPS
    Digital compass

    Sensors:
    Accelerometer (G-Sensor)
    Digital compass
    Ambient light sensor

    Connectors:
    Mini USB 2.0 (up to 480Mbps)
    microSD slot
    SIM slot
    3.5mm stereo minijack

    Package Contents:
    ViewSonic ViewPad 7 Tablet
    Charger
    USB data sync cable
    Earphones (black, 3.5mm)
    Quick Start Guide
    Leather cover

    maklumat lanjut sila rujuk www.viewsonic.com
    WARRANTY 1 TAHUN OLEH SIS

    Tawaran yang tak dipinta

    phew~ aku dah mula tawar hati nak berblogging ke? semakin hari idea semakin hilang dari kotak fikiran. aku dah gagal banyak kali, kali ini aku takkan gagal. chaiyok!

    writers block. ye, aku sedang alaminya. ini pon aku menulis ikut ape yg terlintas kat kotak fikiran aku dan entah ape yang aku tulis. terlalu banyak perkara merepek, merapu je yang mampu buat.

    Sebab-sebab orang tak baca blog kita..

    10 sebab kenapa orang tak baca blog kita ialah:

    1. Menulis blog ni bergantung pada niat kita. Kalau kita tulis untuk orang baca dan memberi pengetahuan pada pembaca, jadi insyaallah orang akan baca. Kalau sebab nak buat duit, secara tak langsung isi kita tak menarik dan kurang kualiti. Mungkin sebab kita terlalu mengejar kuantiti berbanding kualiti.

    2. Kita tulis blog dalam bahasa dan ayat orang muda-mudi tulis macam aq = aku, kew = ke atau menggunakan terlalu banyak bahasa SMS macam bl = bila, mcm = macam, tlh = telah, mls = malas. Guna bahasa interaktif yang tidak menyakitkan kepala pembaca. Kadang-kadang terdapat juga perkataan-perkataan terlalu canggih dan kurang mesra pembaca serta memerlukan kamus dewan untuk terjemahkannya. Walaupun ingin menunjukkan kehebatan dalam menulis dan nampak seorang berilmiah, tapi kalau mesej tak sampai kepada pembaca tak guna juga.

    3. Kita tulis blog untuk diri sendiri dan meluahkan perasaan. Memang tiada tujuan untuk sebarkan. Ramai orang yang macam ni. Dalam diam-diam je dia tulis blog, bila jumpa blog dia, baru tau perasaan dia. Dulu, pernah satu blog seorang laki ni meluahkan perasaan kepada kekasih dia yang juga seorang laki (gay). Bila orang jumpa blog tu, memang heboh satu Malaya. Hits lebih beribu komen dalam satu hari sehingga terpaksa ditutup oleh pemiliknya akibat dihina oleh tukang komen.

    4. Isi kandungan tak menarik. Iya, tak semua berjaya menghasilkan isi yang menarik termasuk saya. Sebaliknya ramai yang menghasilkan isi kandungan yang sensasi dan kontroversi. Macam Papagomo dan Makcik.. (yang suka hina Islam). Paling susah ialah menghasilkan isi yang berilmiah dan orang suka baca macam iluvislam. Kalau ramai blogger buat cerita yang berinformasi dan berpengetahuan, takde la jatuh martabat blogger.

    5. Kurang promosi. Mungkin juga salah satu faktor ialah kurang promosi. Kalau promosi besar-besaran, mungkin orang akan terpikat kot.

    6. Isi kandungan tak unik. Biasanya orang akan baca blog yang isi dia susah nak cari kat internet. Contohnya, rahsia menjawab soalan SPM dengan baik ke. Kalau tak unik, maka persaingan banyak. Ramai yang menulis isi yang sama. Sebagai contoh, jika pasukan Malaysia menang bola, ramai blogger akan berlumba-lumba menghasilkan berita dan ulasan tentangnya. Jadi, hanya blog yang mendapat rating tinggi je akan berada di atas enjin carian macam 2dayblogger.

    7. Kurang kreatif. Ramai tulis blog biasa-biasa je. Isi takde. Merapu ada. Jika tulis untuk menarik orang membaca, kena kreatif. Contohnya, tulis segi gaya bahasa ala-ala novel ke, hikayat ke atau jika pandai menyunting gambar atau lukis, boleh buat macam komik. Jika kita tak pandai lukis komik, komik online kan ada. Terjemahkan pengalaman anda dalam bentuk komik. Baru syok. Macam blogserius dan fuubook

    8. Malas kemaskini. Kadang-kadang, bukan sebab malas, tapi takde idea nak tulis apa. Antara puncanya salah pilih topik blog dan yang sendiri tak tahu. Contohnya, nak buat blog ‘How to Make Money Online’, tapi diri sendiri hanya tahu serba sedikit je. Tak pakar. Bila jarang tulis, lama-lama orang lari. Blog ni macam Saluran TV la. Dulu, masa TV Alhijrah mula-mula disiarkan, takde la ramai. Tapi lama-lama baru ramai orang tengok bila banyak rancangan disiarkan. Bila hari-hari tulis,nanti kita akan ada pembaca setia.

    9. Blog tulis pasal cerita diri sendiri. Ya, tidak semua orang popular di kalangan rakan-rakan. Sesetengah orang tu memang berpengaruh di kalangan rakan-rakan. Jadi, dia tulis blog pasal diri sendiri, kehidupan dia secara tak langsung kawan-kawan dia baca dan komen. Kemudian, lama-lama, ramai orang luar join baca memeriahkan blog dia. Jadi, bagaimana orang yang tak cukup glamer macam saya ni? Mestilah orang kurang berminat baca blog peribadi saya. Nak-nak kalau cerita tu takde unsur kekreatifan dan pengetahuan. Mesti kena orang cakap,’Poyonya mamat ni’.

    10. Tak interaktif. Blog yang orang suka baca ialah blog ada ramai komen dan saling bertukar pandangan. Macam blog ni, orang kurang orang komen, maka kurang menarik sikit la. Tak interaktif. Biasanya orang suka blog yang banyak komen macam blog Beautifulnara dan Malaysiakini sebab orang Malaysia ni suka baca komen pembaca pasal artis dan politik. Kadang-kadang cara begitu kita dapat bersosial dan berkenalan. Memang seronok baca komen orang!

    sumber di SINI

    Pemangsa yang bengap!

    aku pernah post pasal Ruziela binti Abdullah yang menipu duit aku dulu. die ni online seller memang dah banyak menipu. aku ade kenal dengan sorang sis ni, mangsa tipu die jugak. die meluahkan rasa hatinye kat blog die. silalah tengok isinye kat SINI.

    taktau pulak die ni dah banyak menipu orang. kesian orang2 yang dah die tipu. kesian termasuk aku jugak tau! sedih. nasib baik duit boleh dicari walaupun susah. kite susah2 cari duit, die cari duit senang je dengan menipu. name die pernah naek kat FANPAGE facebook ni. tengok la. bagi korang2 yang suke online shopping, hati2 lah. senang je nak tau die menipu ke tak. kalau die bagi name dan nombor akaun, cube google search dulu. taip je nama dengan nombor akaun die. kalau keluar orang tulis tipu2 sume tayah beli. pastu rajin2 la jenguk fanpage ni. banyak kes2 orang menipu kt sini.

    p/s: oh dah masuk 1 mac rupenye. aku langsung tak perasan. khusyuk melayan 29 februari.

    ADmimsy

    post yang lalu, aku beritahu yang aku jumpe ADmimsy ni dapat buat duet kan? ni bukti :D


    tekan mane2 korang nak :D

    kalau sign in keluar ini :)

    tekan view Ads, kite bole tengok website yang diberikan.tekan mane2 ads kalau nak earning ;)

    waktu ni page tengah loading. kalau nak earning, tengok web ikut masa yang dorang bagi ;)

    ok, ni maksudnye dah dapat earning ;)

    ruangan invite membolehkan kite untuk amek banner dan letak kat mane2 samada blog atau sebagainye

    click support untuk tengok Frequently Asked Question kalau ade yang ta faham

    click Setting kalau nak masukkan email PayPal korang.


    ok, so macam mane? boleh faham tak? :D
    maaflah terlalu secret, sampai username dengan email pon nak sorok. mesti la kene sorok, takot kene hack xD
     
    earning die memang siket. tapi kalau banyak Ads, banyak la earning kite kan ^_^
    semoga berjaya ^_^

    tekan banner kalau nak join ADmimsy ^_^

    Tengok - tengok dapat duit.

    hari - hari aku online blog, facebook. tak semestinye layan mereka berdua je. so aku surfing - surfing la internet ni. cek - cek mane tau ade care lagi boleh aku nak buat duit. dan memang ternyata ada.

    caranye senang, kite tengok website, kite dapat duet. tak percaye? aku da dapat duit pon. ala, macam churpchurp, blingd, saysmy jugak. tapi kalau mereka ni klik link dapat duet klik link dapat duet. tapi yang aku jumpe ni, kite kene tengok website selame beberapa saat yang telah ditetapkan, then dapat duit.

    join die free je. syaratnye kene ada akaun PAYPAL. sebab duit tu dibayar mengikut paypal. minimum cashout $15. $15 mahal kan? cube darab dengan RM3. dapat RM45. banyak tu. lagi sikit nak dekat RM50. nak join tak? senang je. tengok website beberapa saat, dapat duit. pastikan ade akaun paypal. kalau tade akaun paypal lagi, klik je SINI kalau nak buat.

    bile dah buat paypal, nak join klik banner bawah. terima kasih ^^

    Penipu tegar.

    maaf, aku tak berniat nak mengaibkan manusia haram ni. tapi sape-sape la pernah membeli dengan manusia haram ni pasti menyesal punye, sebabnye manusia haram ni sebenarnye menipu je. aku beli baju dengan manusia haram ni. online shop. dekat facebook. manusia haram yang add aku. aku tak kesah sbb peniaga mesti la cari orang, sebab nak jual barang. tapi tak sangke aku berurusan dengan penipu. manusia haram ni memang gelabah. aku baru tanye pasal baju A ade lagi atau tak. manusia haram ni terus mintak name aku terus nak pos. alah gelabah. dah ramai yang kene dengan manusia haram. aku percaye kat manusia haram sebab memang ramai gile yang nak beli baju kat manusia haram. tapi mereka juga mangsa seperti aku. takpelah, rezeki manusia haram kat dunia ni. kat akhirat nanti rezeki aku pulak. takpe, aku rugi RM55 sahaja, mungkin Allah nak bagi aku rezeki RM55 juta. Amin Alhamdulillah.

    modus operandi manusia haram ni, lepas je bayar, die akan terus block korang. ye, sekarang pun die dah block aku. tengok, betapa bodohnye aku dan betapa bijaknya manusia haram memperbodohkan pelanggan. kesian kat mereka yang dah terkena dan bakal terkena. aku nak bagi peringatan dah tak boleh sebab die dah block.

    aku amek keputusan print je baju tu kat kedai. bijak rupenye aku. aku curi gambar baju manusia haram, dan lepas ni aku nak pegi tanye kedai kot-kot dorang boleh print baju mcm tu kan. nasib baik sempat aku curi gambar baju manusia haram tu sebelum die block aku.

    aku memang takkan maafkan manusia haram, dan takkan halalkan duit yang manusia haram amek tu. aku berdoa, kalaulah manusia haram ade anak atau suami, aku doa mereka kemalangan atau MATI. biar manusia haram tahu ape salah yang die dah buat. doa orang teraniaya senang dimakbulkan kan?

    amek la duit haram tu. terima kasih kerana menipu pelanggan anda manusia haram yang bernama RUZIELA BINTI ABDULLAH, nombor akaun Maybank 163091004386. name facebook die NANA SHOPE. dan berkemungkinan die akan menukar name facebook die. die menjual barang-barang couple macam tshirt couple dan keychain couple.

    aku tak berniat nak mengaibkan die, cume nak beri peringatan kepada sape-sape je yang jejak kat blog aku ni supaye jangan sesekali berurusan dengan manusia haram ni. terima kasih kerana sudi membaca. berhati-hati dengan manusia haram ni.

    Entah hape-hape!

    makin lama hidup makin tak tenang
    malam tadi tidur tak lena, hati tak tenang. sebab memikirkan benda remeh-temeh.
    dah, bila tak tenang tu, confirm mimpi yang bukan-bukan.

    antaranya, aku mimpi ular. pergh~ orang kata kalau mimpi ular maksudnya kite kene sihir. ni yang aku malas ni. huihui. boleh pulak aku mimpi ular ade depan rumah aku, nak masuk rumah. dah la aku mase tu memang kat pintu. ularnye panjang gedabak, besar, serem~ nasiblah mimpi je.

    dah tu, tibe-tibe tukar mimpi pulak. mimpi aku kerja balek kat kedai buku sekolah. hey, takkan la aku rindu nak kerja kot.
    time kerja tu tibe-tibe ade budak datang hantar bungkusan kat aku, katenye posmen bagi. eh specialnye aku sampai posmen datang tempat kerja semate-mate nak bagi bungkusan tu.

    apa lagi yang aku akan mimpi malam ni. harap-harap yang indah je la.

    Hariku...

    semakin lama, semakin bosan hidupku loading.. 
    cepatlah 22 Mac, aku ta sabar nak tahu result aku. tapi, kalau hari tu pon, aku akan check result aku pakai SMS je. biar aku shock kt rumah, jgn shock kt skolah depan kawan2. aku nak gembira mase amek result. walaupon result tak gembire.

    aku dah mule fikir mana hala tuju aku lepas ni. baguskah masa depanku? dapat ke aku na terus kejar cita-cita aku? kemaskini borang pun malas. tak mintak markah koko lagi. kalau makin canggih pon payah jugak. macam-macam dimintaknye. hidup dah moden.

    aku dah mule fikir yang aku nak buat bisnes masuk U/Kolej kang. mampukah aku?

    "Oh Tuhan, berikan aku petunjukmu. Untuk ku meniti, ke jalan redhaMu"