beli topup dengan harga diskaun!
jual topup atau topup diri sendiri. caranya klik SINI

Selamat tinggal, sementara :'D

Assalam.

memandangkan blogger pon dah berubah menjadi baru, nampaknya aku terpakse melupakan blog sementara. kerana wajah baru blog membuat internet aku menjadi lambat!

sampai di sini saja ;D

p/s: aku ade header baru. memang aku nak pon buat header besar 1 screen. lol

Bila dah mamai...

Assalam.

pagi tadi dikejut bapa. bangun menunaikan kewajipan. tapi entah kenape mate ni rase terlalu mengantuk sangat. mungkin sebab teruk sangat menanges kot semalam xD

lepas tu, pergilah sambung tidur kat bilik abang aku. ok, abang aku takde pon kt umah. kerja dan sambung belajar.

dalam pukol 8.50, adek M aku kejot. suroh bangun, basuh baju, mandi nak pergi 'KLCC'. pastu aku angguk2 je lah. name pon mamai. angguk je aku tau.

bila aku dah bangun, dah sedar sepenuhnya, aku tanye adek H aku nak pergi mane2 ke. die kate taktau. aku suruh tanye adek M, sebab die kate pergi KLCC. pastu tak tanye pon, terus tanye mak. bila dah tanye, rupenye suroh siap pergi KFC bukan KLCC.

gelak2 je aku. dah tu mamai sangat =.=

betul la kate mir. kalau ngantuk tidur. sebab macam2 boleh jadi. tapi kalau mamai pon boleh jadi macam2 jugak mir xD

http://www.oddtodd.com/SLEEPY~1.jpg 
google image.
teruk sangat ngantuknye sampai tidur macam ni?

p/s: ok, tahu entry ini bosan.

petunjuk:
adek H: Huwaida
adek M: Maisaroh

Contest: Jom Isi Kotak Dan Menang

Assalam

http://1.bp.blogspot.com/-W-CxIMa0a2w/T4CFyV_RpLI/AAAAAAAAAK0/G_fRrdgmZG4/s1600/pizap.com13338211264691.jpg 

aku nak bgtau yg aku join contest ni. contest mudah ok ;)
lagipon aku lebih minat join contest dari Giveaway.
sila klik banner jika mahu join.


agak2 kalau mereka boleh bercakap...


tag Faraa, Mir & Wani

Jangan buat pada orang kalau tak mahu terima balasan sama.

Assalam.

entry ini berkenaan luahan hati. kenape aku menulisnya? sebab dia yang aku dah padam dalam memori mengatakan rindu pada aku baru tadi. aku sangat kurang suka bile mengungkit benda lame.

dulu dia bersama aku. tapi tak lame pon. 18 atau 20 hari je kot. lepas tu kate dia tak layak untuk aku. dulu memang aku sayang die. sampai aku terhegeh2 pergi kat die balek. tapi die tak layan. lepas tu, aku terime hakikat yang aku dan dia memang tak mungkin bersame lagi.

http://www.myemospace.com/images/Broken-heart-14.jpg

dan ketika aku mula sayang pada orang lain, die pula datang terhegeh2 nak aku balek. asalnya memang aku tak mahu. tapi aku terima sebab kesian~
tak lame jugak. 1 bulan je bertahan. sebab makin lame perasaan aku makin pudar pada dia. perasaan aku ade pada orang lain.

tapi sekarang, secebis perasaan pon takde kat die. KOSONG. entah kenape, bile die mesej aku rase menyampah sekali. benci mungkin.

hati aku dah dirawat orang lain. dia rawat aku sebaiknya :)
http://www.myemospace.com/images/Broken-heart-16.jpg

pengajaran entry ini: "what goes around come around"

p/s: perasaan ketika menulis entry ini ialah geram menyampah + suke sayang. kau ade? HAHA.

Awesome! :O

Assalam.

ade 3 mimpi awesome yang aku nak cerita.


1. aku mimpi dia. hewhew. kalau boleh hari2 nak mimpi dia. sebab dia je kawan yang selalu ade setiap susahsenang jatuhbangun sukaduka aku. sayang gile aku sama dia ni. hehe.

2. semalam, 8 April 2012 kan ade Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
aku mimpi blogger hebat ni, lagi hebat dari artis. haa.. dalam mimpi ni aku siap belanje die lagi tau. kau ade? takde. kelaaas kau Omey~ *tangan di bahu mata ke atas* (maaf orang yang ditag jika ini annoying T_T)

3. aku mimpi si comel ni ha. sebab aku teringin nak memiliki si comel ni ha. tapi jauh. kalau aku ade lesen kereta memang dah lame aku berkenalan dengan si comel ni. huhu. nak bawak aku pergi jumpe si comel ni tak? dekat Klang je. tak bawak pon takpe, belanje aku si comel ni pon ok jugak. tak mahal pon :P


so cane? Awesome kan mimpi aku? baek kau cakap Awesome, kalau tak kau belanje aku si comel. haha.

p/s: ade yang kate mimpi ni mainan tidur. ade yang kate kalau seseorang tu tak mimpi, die bukan manusia normal :O

http://www.dunmiscue.com/wp-content/uploads/2010/07/Dream-Interpretation.jpg

Contest Cover Photo.

Assalam.

orang buat contest, aku pon menggedik nak buat contest. bukan contest saje2 ok T_T
nah tengok, silakan. pade sape yang nak join.

Syarat penyertaan:
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai akaun Maybank
  • Menggunakan nombor prabayar Celcom/ Maxis/ Digi sahaja
  • Like page ini > Tekan sini < (memudahkan anda yang join kalau ada apa-apa)

Apa yang perlu anda lakukan:
  1. Design Timeline Cover Photo page BTK ini berukuran 851pixels x 315pixels. Terpulang anda mahu corak/ design macam mana sekalipun, tetapi digalakkan ikut tema page.
  2. Attach Cover Photo anda kepada page BTK. sekarang page facebook dah boleh message kan. message tau, bukan tepek dekat wall.
  3. Kemudian, kami akan upload Cover Photo anda dalam album page BTK.
  4. Lepas kami upload, anda buat la macam mana sekalipun untuk cari Like. sebab kami ambil pemenang berdasarkan Like paling banyak ok.

anda diberi masa sehingga 30 April 2012. cukup lame kan? lepas tu, kitorang akan announce sape pemenang. pemenang SEORANG sahaja.

Hadiah yang ditawarkan:
  1. Wang tunai RM10 (sebab tu digalakkan ada akaun Maybank)
  2. Jadi agen topup secara percuma (atas permintaan pemenang)

cukup kan hadiah banyak ni? berbaloi kan? berbaloi ok ;D

terima kasih dan semoga berjaya ;)

    Tak mahu jaga, kau buang.

    Assalam.

    sungguh geram dengan manusia2 yang membela anjing di kawasan perumahan aku ni. kalau dah tak suke pon, buang jauh2 boleh? jangan lepas macam tu je. bile anjing tu dah merayap, boleh memudaratkan orang lain tau! lagi2 kalau anjing tu jenis yang suke menyalak dan mengejar atau menggigit orang lain.

    bila tuding jari tau pulak nak mengamuk, tak nak ngaku. payah payah. kalau tau jadi mcm ni, tayah ngade2 bela anjing. kan senang.

    sekarang anjing tu dah jadi liar, berkeliaran sane sini takde arah. pastu bile lapar selongkar tong sampah manusia lain. nanti yg kene kemas tuan rumah tu jugak. kalau nak tolong kemaskan balek takpe jugak. tade orang nak marah. kau nak selongkar suke hati kau. tapi kemaskan balek.

    dah tu, berkeliaran lagi. menyalak sane sini. mengganggu ketenteraman manusia lain. sampai malam2 pon nak menyalak. nak tdo pon tak lena. aku ni pulak dah la jenis negative thinker. bila dengar anjing menyalak, mule la aku pike bukan2. oh sedih sedih.

    lagi2 rumah aku kene tempias. pelik sungguh. ape ade kt rumah aku sampai semua anjing dan kucing kat taman ni suke datang dan lepak rumah aku? boleh jadi mini zoo kucing dan anjing. terpakselah sentiasa tutup pagar tu supaye anjing tak masuk. huhu.

    haiyo, aku lepas geram pon bukan jiran2 yang membela anjing ni bace :P

    http://images.wikia.com/catdognickelodeon/images/f/f8/Cat_angry_At_Dog.jpg

    Allah mengurniakan kebijaksanaan kepadaku.

    Assalam.

    aku mencari duit dengan jual topup dan mendaftar orang lain yang nak jadi agen topup. name pon cari duit. jadi kalau nak jadi agen ade yuran pendaftaran jugak la. tak mahal, murah je (ok, terpromot pulak).

    malam semalam, ade orang hantar mesej kepada aku. mengatakan yang die nak daftar jadi agen. amek pakej M iaitu Master. yuran pendaftaran berharga RM20 sahaja yang dikenakan oleh kami. die tulis die bayar RM40.

    kemudian pagi hari ini, aku dengan bersemangatnye mengajak Faraa untuk pergi bank. nak cek akaun la, kot2 orang tu dah bank in duit RM40 seperti yang dikatekan. takde la lame orang tu menunggu nak jadi agen.

    sampai kat bank, cucuk kad bank kat mesin atm tu, masuk pin iaitu ****** (nak tau ke?), kemudian pergilah ke pertanyaan baki. bila cek2, tade pon orang tu bank in duit. disaksikan sendiri oleh Faraa. baki dalam akaun aku tetap RM12 (ok, terasa sungguh kurang kaya).

    kami jadi agak marah. tapi nasib baik jugak. kitorang tak daftarkan die lagi. sebab pengalaman lepas mengajar manusia. aku dah tak sanggup kene tipu lagi sekali.

    kami bersabar je la dengan perangai orang begini. takpelah, bukan rezeki kami lagi. insyaAllah akan datang ade la tu rezeki kami ;)

    http://www.shakirshafiee.com/v1/wp-content/uploads/2011/07/rezeki.png

    Adakah ini cemburu sihat atau tidak?

    Assalam.

    here (blogger hebat)
    kenape dengan Kakak ni? aku cemburu dengan Kakak ni. bukan cemburu sebab blog Kakak ni lebih cantik atau ape. bukan cemburu sebab Kakak ni ramai follower (aku main cakap je). tapi cemburu cara die menyampaikan informasi atau meluahkan perasaannya sendiri. ayatnya yang senang difahami dan senang dibace. yang simple. banyak informasi berguna. banyak idea. dan kebanyakannye benda yg sering berlaku di sekeliling manusia. setiap kali die update blog, aku selalu bace.

    aku pon tak tahu macam mane nak describe cara penulisan Kakak ni. yang jelas, aku sangat cemburu. cemburu.

    maaf Kakak blogger hebat kerana cemburu pada Kakak. jangan marah ok Kakak. semoga terus menjadi blogger hebat ;)

    Karnival Jom Masuk U dan Festival Kasut di PWTC, Kuala Lumpur

    hari ni aku pergi PWTC. macam2 yang aku dapat tengok. memang sangatlah ramai orang. tapi naseb baek aku masih boleh bernafas. haha. menipu je kalau tak boleh bernafas kan ;)

    macam2 rupenye tempat pengajian ni. yang aku tak pernah dengar pon ade. tak tahu pulak aku. aku masuk amek je sume flyer, pemplate (ntah btol or tak ejaan), macam2. paling penting amek UiTM, UTeM, UTM dan UPSI :)

    selain Karnival Jom Masuk U, kat PWTC ade Festival Kasut :O
    masuk sane memang macam2 kasut ade. aku beli selipar je. selipar google je :D



    selain tu, kat Festival Kasut tu, aku ternampak sorang artis ni la. ABON! tapi aku tengok die santai je. takde pulak orang berebut amek autograph. pelik ni. lantak la asal mereka bahagia. haha. tak dapat pulak aku nak tunjuk bukti jumpe Abon tadi.

    p/s: kali kedua jumpe artis.