ditulis pada 4 September 2012, 11.20 pm.
kawan, aku rindu saat2 dulu. kita together2. bila kamu semua susah, aku sentiasa sudi tolong. dan ye, jujur aku tidak mengharap langsung pertolongan daripada kamu semua kalau aku ada masalah.
kau kawan, dahulu minta pada aku lagu Najwa Latif - Sahabat. then kita pun bluetooth. kemudian kau terus pasang dan kata yang kau hadiahkan lagu ni kat kami, kawan2 kau.
kemudian kerana kebodohan aku, kamu semua seolah2 menjauh daripada aku. aku tak tahu sama ada ini hanya perasaan aku atau kenyataan.
tapi kawan, aku sedikit pun tidak kisah. percayalah. aku hanya ingin jujur dengan kamu semua. aku hanya ingin jujur dalam persahabatan. bagi aku, persahabatan sangat penting. sejahat mana pun seseorang itu, jika aku sudah berkawan dengannya, aku akan tetap menganggapnya kawan.
sekarang, kita masih bertegur dan bercakap juga. tapi jarang dan pada hal2 yang penting sahaja. tiada lagi borak2 kosong seperti dahulu.
kawan, kalau kamu semua merasakan bahawa aku yang menjauhkan diri, percayalah bahawa aku sedikit pun tak terfikir nak buat macam tu. mungkin kerana aku yang takut untuk menegur kamu semua. atau mungkin kerana aku tidak tahu nak kata apa.
kawan, kalau masa boleh diputar semula, memang aku akan putar. aku mahu wujudkan kemanisan dalam persahabatan kita, mencipta kenangan manis dan memori.
aku harap walaupun kita jarang bertegur, kamu semua masih menganggap aku sebagai teman.
kalau aku dah tiada kang, doakan kejayaan aku ye :)
maaf kawan. jika disentuh tentang persahabatan, aku akan ingat selalu pahit manisnya.
terima kasih sudi kawan aku selama ini. aku sentiasa doakan kamu semua selepas solat. semoga berjaya dalam hidup kawan.
jujur, Omey.
No comments:
Post a Comment