created 10 September 2012 6:31 PM
hehe. ok. hari ni sangatlah gembira. kerana apa?
tadi tiba2 ayah aku mesej aku dan bertanya "nak samsung mana? ace ke, notes ke, s3?"
senyum aku dapat mesej macam tu. mak aih, biar benar ayah aku ni. aku mintak ace je. sekali dia offer tiga2. setelah bertanya kepada rakan2, aku pun membalas yang aku nak Samsung Galaxy Note. hehe.
tapi pelik juga sebab tiba2 je ayah nak belanja fon ni. tapi biarlah. rezeki ^^
beberapa minit kemudian, aku dengan tak malunya mintak Note 2 =='
dan ayah aku membalas bahawa Note 2 mahal. lagipun baki daripada beli Note karang nak bagi aku untuk daftar ambil lesen kereta dan motor. what the…! aku sangat terkejut. kenapa ayah aku begini? ganjaran dekat aku supaya aku belajar rajin2 ke? hehe. ini suatu semangat. apa2 pun, aku ucap terima kasih banyak dekat ayah aku. terfikir juga, macam mana dia boleh tahu yang aku nak sangat Note. sedangkan aku minta Ace je dekat dia. ok biarlah. aku lagi dalam mood gembira. hehe.
terima kasih Allah atas rezekiMu. terima kasih abah kerana memahami anakmu ^^
No comments:
Post a Comment