beli topup dengan harga diskaun!
jual topup atau topup diri sendiri. caranya klik SINI

Allah, bantu aku.


created 6 September 2012 7:03 AM

"berusaha untuk terus tersenyum walaupun hati menangis. aku tak nak tunjukkan kesedihan ni kat orang lain. tapi memang sedih sangat2 bila dengar kau nak keluar. aku tak halang. itu pilihan kau. dan aku doakan kau berjaya. dan aku nak cakap aku sayang kau sangat2. dan nak nangis tadi bila tahu kau nak keluar. tp aku kuatkan hati. tak nak tunjukkan semua tu depan orang. kita ditemukan oleh Allah dan kita berpisah keranaNya juga. redha dan pasrah. dan terima juga pada qada' dan qadar," kata kawan Omey.

aku telah memberitahu beberapa rakan aku yang aku nak keluar dari matrik ni. tak tahu pula kawan aku ni betul2 sedih. aku ingatkan mulut dia je berkata yang dia sedih, tak perlu keluar semua.

"kepada kawan yang ku sayang, aku tak berniat untuk buat sesiapa sedih. lagi2 kawan yang aku sayang, kau. memang aku memilih untuk keluar. tapi aku masih lagi meraih kepercayaan daripada ibu bapa supaya dapat keizinan dan restu dengan keputusan aku. aku tak nafikan aku boleh belajar kat sini. tapi sini bukan pilihan aku. aku tahu orang akan kata rugi sebab keluar matrik ni. tapi aku lebih rela keluar daripada dapat CGPA rendah. kawan, hidup aku berisiko kat sini. aku belajar 2 tahun di matrik ni. dan aku kena score 3.0+ setiap sem. kalau 1 sem aku dapat bawah 3.0+, belum tentu aku dapat teruskan cita2 aku. aku minat Computer Science,  tapi kena belajar benda lain macam Chemistry, Biology. bukankah itu rugi? sedangkan aku boleh fokus pada Computer Science je. aku dah rasa aku salah pilihan bila masuk sini. tapi masih belum terlambat nak ubah hidup. aku nak dahulukan minat aku walaupun terpaksa tolak hasrat ibu aku. aku masuk sini pun sebab ibu aku yang mahu. aku tak nak ibu gembira sekarang tapi kecewa pada masa depan. aku sayang kau. dan kalau ada rezeki, kita boleh jumpa. bila aku dah dapat keizinan dan restu untuk keluar dari sini, aku bagitahu kau ye kawan," balas Omey.

cuba teka berapa page mesej aku bagi kat dia? 6! haha. itu pun nak bagitahu. macam orang lain tak pernah bg mesej panjang2 pula kan. aku panjang pun bagi mesej sebab tulis ayat penuh =='

merapu merepek dah aku ni.

em.. ini pun bestfriend aku tak tahu lagi. kalau dia tahu mesti dia marah aku. huhu.

blog, kalaulah kau ada perasaan, kalau kau boleh bercakap. aku yakin kau mesti akan tolong aku. sob sob :')

No comments:

Post a Comment