beli topup dengan harga diskaun!
jual topup atau topup diri sendiri. caranya klik SINI

dilema.


ditulis pada 5 September 2012, 8.42 pm.

ye, aku dilema.

dilema samada ingin meneruskan matrik atau pergi mengejar cita2 yang aku inginkan.

aku masuk matrik ni sebab aku nak menunaikan hasrat ibuku. sebab dia teringin nak salah seorang anaknya jadi doktor. sebab abang2 aku semua ambil yang berkenaan komputer.

tetapi, petang tadi kawan aku menceritakan segala2 nya. apa kebaikan matrik, kebaikan ambil diploma. keburukan matrik dan keburukan diploma. biasalah, setiap perkara ada baik dan buruknya.

apabila kawan aku bercerita tentang diploma, ye, jujur aku rasa aku ingin keluar dari matrik. dia seolah2 menyedarkan aku. dia tak menghasut aku untuk keluar matrik. tetapi hanya menyedarkan aku. dia hanya aku ingin berjaya bersama2. dia ingin aku mencapai cita2 sendiri.

katanya, tentang cita2, biar kita yang tentukan. jangan terlalu ikut harapan mak ayah. memang seperti melawan kata ibu bapa. tetapi cita2 sendiri itu penting. katanya lagi, capai cita2 dahulu. kemudian bila dah berjaya, kita masih boleh sambung belajar dalam apa2 bidang sekalipun.

ye, aku dilema.

tetapi aku rasa ingin keluar dari matrik ni. kerana ingin mengejar cita2. kita perlu kejar apa yang kita minat dahulu.

kawan, terima kasih atas nasihatnya. aku sangat menghargainya. aku harap kita akan berjaya mengejar cita2 kita bersama walaupun lain tempat belajar. aku nak kita dapat anugerah Dekan seperti yang engkau katakan :')

Allah, bantu hambamu ini. terima kasih Allah :')


No comments:

Post a Comment