10 sebab kenapa orang tak baca blog kita ialah:
1. Menulis blog ni bergantung pada niat kita. Kalau kita tulis untuk orang baca dan memberi pengetahuan pada pembaca, jadi insyaallah orang akan baca. Kalau sebab nak buat duit, secara tak langsung isi kita tak menarik dan kurang kualiti. Mungkin sebab kita terlalu mengejar kuantiti berbanding kualiti.
2. Kita tulis blog dalam bahasa dan ayat orang muda-mudi tulis macam aq = aku, kew = ke atau menggunakan terlalu banyak bahasa SMS macam bl = bila, mcm = macam, tlh = telah, mls = malas. Guna bahasa interaktif yang tidak menyakitkan kepala pembaca. Kadang-kadang terdapat juga perkataan-perkataan terlalu canggih dan kurang mesra pembaca serta memerlukan kamus dewan untuk terjemahkannya. Walaupun ingin menunjukkan kehebatan dalam menulis dan nampak seorang berilmiah, tapi kalau mesej tak sampai kepada pembaca tak guna juga.
3. Kita tulis blog untuk diri sendiri dan meluahkan perasaan. Memang tiada tujuan untuk sebarkan. Ramai orang yang macam ni. Dalam diam-diam je dia tulis blog, bila jumpa blog dia, baru tau perasaan dia. Dulu, pernah satu blog seorang laki ni meluahkan perasaan kepada kekasih dia yang juga seorang laki (gay). Bila orang jumpa blog tu, memang heboh satu Malaya. Hits lebih beribu komen dalam satu hari sehingga terpaksa ditutup oleh pemiliknya akibat dihina oleh tukang komen.
4. Isi kandungan tak menarik. Iya, tak semua berjaya menghasilkan isi yang menarik termasuk saya. Sebaliknya ramai yang menghasilkan isi kandungan yang sensasi dan kontroversi. Macam Papagomo dan Makcik.. (yang suka hina Islam). Paling susah ialah menghasilkan isi yang berilmiah dan orang suka baca macam iluvislam. Kalau ramai blogger buat cerita yang berinformasi dan berpengetahuan, takde la jatuh martabat blogger.
5. Kurang promosi. Mungkin juga salah satu faktor ialah kurang promosi. Kalau promosi besar-besaran, mungkin orang akan terpikat kot.
6. Isi kandungan tak unik. Biasanya orang akan baca blog yang isi dia susah nak cari kat internet. Contohnya, rahsia menjawab soalan SPM dengan baik ke. Kalau tak unik, maka persaingan banyak. Ramai yang menulis isi yang sama. Sebagai contoh, jika pasukan Malaysia menang bola, ramai blogger akan berlumba-lumba menghasilkan berita dan ulasan tentangnya. Jadi, hanya blog yang mendapat rating tinggi je akan berada di atas enjin carian macam 2dayblogger.
7. Kurang kreatif. Ramai tulis blog biasa-biasa je. Isi takde. Merapu ada. Jika tulis untuk menarik orang membaca, kena kreatif. Contohnya, tulis segi gaya bahasa ala-ala novel ke, hikayat ke atau jika pandai menyunting gambar atau lukis, boleh buat macam komik. Jika kita tak pandai lukis komik, komik online kan ada. Terjemahkan pengalaman anda dalam bentuk komik. Baru syok. Macam blogserius dan fuubook
8. Malas kemaskini. Kadang-kadang, bukan sebab malas, tapi takde idea nak tulis apa. Antara puncanya salah pilih topik blog dan yang sendiri tak tahu. Contohnya, nak buat blog ‘How to Make Money Online’, tapi diri sendiri hanya tahu serba sedikit je. Tak pakar. Bila jarang tulis, lama-lama orang lari. Blog ni macam Saluran TV la. Dulu, masa TV Alhijrah mula-mula disiarkan, takde la ramai. Tapi lama-lama baru ramai orang tengok bila banyak rancangan disiarkan. Bila hari-hari tulis,nanti kita akan ada pembaca setia.
9. Blog tulis pasal cerita diri sendiri. Ya, tidak semua orang popular di kalangan rakan-rakan. Sesetengah orang tu memang berpengaruh di kalangan rakan-rakan. Jadi, dia tulis blog pasal diri sendiri, kehidupan dia secara tak langsung kawan-kawan dia baca dan komen. Kemudian, lama-lama, ramai orang luar join baca memeriahkan blog dia. Jadi, bagaimana orang yang tak cukup glamer macam saya ni? Mestilah orang kurang berminat baca blog peribadi saya. Nak-nak kalau cerita tu takde unsur kekreatifan dan pengetahuan. Mesti kena orang cakap,’Poyonya mamat ni’.
10. Tak interaktif. Blog yang orang suka baca ialah blog ada ramai komen dan saling bertukar pandangan. Macam blog ni, orang kurang orang komen, maka kurang menarik sikit la. Tak interaktif. Biasanya orang suka blog yang banyak komen macam blog Beautifulnara dan Malaysiakini sebab orang Malaysia ni suka baca komen pembaca pasal artis dan politik. Kadang-kadang cara begitu kita dapat bersosial dan berkenalan. Memang seronok baca komen orang!
sumber di SINI
wahh , best entri nie . hehe . bab baca komen org , mmg besh . hehe . btw , dapat buat jadi panduan . nak jugakk ramai baca blog kite . huhu :) .
ReplyDeleteterima kasih. ini pon copas je (copy paste)
Deletemesti ramai orang bace blog awak kan. hehe
nad pon jadi dealer top up..:D
ReplyDeletep/s :: Salam,saya Admin nornadiah.com ingin menjemput blogger join Contest Anniversary 1 Year Miss Nadya..:)
Sepatutnya tajuk dia Giveaway tapi tertulis contest..:D
Contest Anniversary 1 Year Miss Nadya di jangka tamat pada 7 April 2012
http://www.nornadiah.com/2012/03/contest-anniversary-1-year-miss-nadya.html
Harap sudi join dan memeriahkan contest Nad ni ye..:)