______________________________________________________________________
Dalam zaman internet dan World Wide Web ini, ramai orang dah mula tahu fungsi blog, social bookmark,RSS Feed dan pelbagai jenis ‘wiki’. Dan memenuhkan diri kita dengan maklumat bukan satu perkara yang pelik. Dengan teknologi, kandungan maklumat lebih mudah diwujudkan dan dicari, tak kira sama ada kita bercakap tentang penulisan, aau apa saja yang kita cari dalam internet. Dan percaya atau tak, oleh sebab berlakunya lambakan maklumat, daya ingatan kita semakin hari semakin pendek!
Secara purata, berapa patah perkataan dalam satu artikel suratkhabar atau majalah yang mampu anda ingat lepas baca artikel tersebut? Kadangkala, disebabkan lambakkan ini jugalah kita hanya pilih untuk baca tajuk artikel itu saja. Jadi, bagaimana anda, sebagai penulis nak mengambil perhatian pembaca untuk luangkan masa mereka dan baca apa yang anda kongsi dari mula sampai habis. Dan buatkan mereka datang lagi untuk baca artikel yang lain pula?
Mari saya kongsikan dengan anda bagaimana tulis tajuk artikel blog efektif dengan 3 langkah mudah sekaligus mampu memikat hati pembaca anda:
1. Ia mestilah sesuatu yang menarik perhatian
Tempat paling sesuai untuk anda mengekspreskan sesuatu artikel adalah pada tajuknya. Hasilkan satu tajuk yang boleh terus berhubung dengan pembaca anda hingga membuatkan mereka terus membaca kesemua perkataan yang telah ditulis. Jika anda perlu sejam untuk menulis, gunakan sejam juga untuk membuat tajuk.
2. Gambarkan kandungan artikel pada tajuk
Tak perlu pun tajuk yang panjang berjela sebab pembaca blog bukannya ada masa nak baca artikel yang panjang meleret. Tajuk-tajuk macam ini dah pasti dapat beritahu anda kandungan artikel itu walaupun anda belum membacanya lagi.
3. Pastikan ia mesra enjin carian (search engine)
Pastikan anda faham yang anda menulis untuk dibaca dan dicari oleh manusia dan bukan robot search engine. Optimumkan penggunaan keyword dan gunakannya tanpa mengurangkan keberkesanan tajuk yang diberikan. Ingat, anda menulis untuk manusia. Gunakan tajuk yang anda rasa akan dicari oleh mereka.
______________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment