_______________________________________________________________________
1. Bermulalah Dengan perkataan ‘Kecil’
Macam apa yang saya dah bincangkan dalam 5 Perkara Mustahil dalam Blogging kita jangan terlalu optimis dalam blogging. Tak salah letak target tapi biar logik sikit. Kesalahan kita blogger Malaysiaialah kita terlalu NAK CEPAT DAPAT. ada 3 jenis nak cepat dapat dalam blogsphere Malaysia iaituNak Cepat Dapat Duit, Nak Cepat Dapat Populariti dan Nak Cepat Dapat Traffik Yang Banyak. Kita tak nak start dari bawah dan belajar. Apa yang kita fikir hari ni buat blog hari jugak kita NAK CEPAT DAPAT. Tak mau tunggu dan bagi masa untuk blog tu berkembang. Apa kata kita ubah mentaliti kita dengan set takpe Kecil-Kecil Lama-Lama Jadi Besar. Letak sikit sikap sabar dalam diri baru kita bolehmaju. So tak salah kalau kita bermula dengan kecil.
2. Cari Satu Benda Yang Kita Mahir Dan Minat Lepas Tu Tulis
Ok yang ni memang ramai di antara kita yang buat silap. Suka sangat menulis ikut trending. Bila ramai yang buat entri pasal PEKIDA SAMAN semua blogger buat dengan harapan nak trafik SEOpadahal dia tak tau apa yang terjadi. Bila musim World Cup semua tulis pasal worldcup padahal dia bukannya minat bolapun. Menulis sebab terpaksa dan untuk dapat trafik. Lepas tu bila trafik sikit mula bengong. Untuk apa korang tulis ikut orang lain, bayangkan kalau ikut trending kalau dah 10,000blogger buat isu yang sama mana nak datang trafik tu. Semua berebut nak buat isu yang sama. Apa kata korang cari strong point dalam korang yang mana korang mahir dan tumpukan. Janganlah disebabkan korang tengok Ariffshah buat entri SEO dapat sambutan korang pun nak buat tapi knowledge takde. Macam saya saya akan teruskan dengan buat tutorial Adobe Lightroom sebab ikut research saya tak banyak version Bahasa Malaysia dan itu yang saya suka buat.
3. Sikap Rajin Perlu Ada
Ok simple ni kalau bukan untuk blogging pun untuk benda lain perlu rajin. Kalau korang dah tau korang ni blogger dan tugas korang tulis artikel jadi tulislah artikel tapi jangan memaksa. Kalau dah takde sangat idea duduk diam sambil makan Cornetto adalah lebih baik otak tenang perutpun kenyang. Rajin dalam blogging tak semestinya buat article je research pun kena jugak. Komen pun penyumbang kejayaan dalam blogging. Ni bukan cerita tipu ini realiti. Orang selalu cakap eleh blogger otai tak update pun trafik banyak jugak. Ye itu time otai time diorang newbie takde pulak korang nampak cara diorang blogging.
4. Cari Dan Ambil Maklumat Dari Sumber Yang Dipercayai
Yang ni penting untuk kita yang selalu suka copy paste. Sumber kita kena betul dan kalau kita nak ikut sangat trending silalah buat ikut sumber yang betul. Sebab semua benda ada fakta tersendiri. Contohnya kalau kita nak buat pasal keagamaan sila nyatakan dari mana kita dapat so kalau ada apa-apa kemusykilan boleh suruh refer mana kita dapat maklumat tu. Ni dah pernah terjadi dulu. Saya cakap by general je tapi orang salah faham then mulalah nak condem haha…
5. Gunakanlah Social Media
Yang ni saya rasa semua orang pun tau. Kalau ada blog dan ada facebook maka maximize penggunaan Facebook korang. Dalam facebook ada banyak group yang boleh bantu korang letupkan netri korang dan dengan facebook juga boleh membuatkan blog korang dikenali bukan sahaja blogger tapi pengguna facebook. Dapat satu share pun dah jadi sebab ia akan merebak. Jangan takut dengan bilangan share dan like yang sedikit sebab kadang-kadang lepas share mulutpun akan menjalankan peranan untuk promote. Tak mustahil kalau article korang best diorang akan bercerita.
6. Buat Baiklah Sesama Blogger
Yang satu benda yang mudah nak buat tapi ramai antara kita buat ***** je. Bagi kita blog kita kita punya suka nak tulis ikut suka pun itu hak kita. Pergh tolonglah buang sikap ni dalam blogger. Kita tak perlukan penyelamat wanita dalam blogsphere. Kita tak perlu seorang blogger yang hanya fikir dia je betul. Dan kita tak perlu sorang blogger yang tau nak kecam orang tapi dia unknown! Dalam blogsphere yang perlu ada adalah RESPECT barulah kita boleh maju. Tak guna hebat SEO tapi kita tak tau buat relationship dengan blogger lain dan takde respect seolah-olah kita je paling hebat.
______________________________________________________________________
sumber : wangcyber
No comments:
Post a Comment