beli topup dengan harga diskaun!
jual topup atau topup diri sendiri. caranya klik SINI

Marah + Geram + Gembira + Tak Tahu + Excited

pagi2 dah bikin aku marah. ada budak potong line aku mandi! hey, aku dah letak baldi depan shower tu lagi. aku tak gi mana2 pun. gi sinki gosok gigi je pun. tapi dengan selambanya budak tu masuk potong line. ergh geram!
mood : geram dan marah.

tapi mood aku gembira sebab aku balik hari ni. haha. berat hati ni nak balik sebenarnya. sebab malas je pun. haha. tp sebab mak aku offer nak amek kat kl sentral, jadi aku semangat nak balik. hehe.
mood : gembira.

dalam KTM on the way KL Sentral, macam2 aku fikir. sebab aku jarang dan susah sangat tdo dalam public walau mengantuk. jadi aku membuang masa begitu sahaja dengan berfikir dan termenung sambil dengar lagu. tiba2 aku teringat kat kawan aku sorang ni. pernah balik ngn dia naik ktm dulu. itu last aku balik sama ngn dia. kitorang berpisah kat kl sentral. salam dan berpelukan. walaupun kitorang tahu kitorang masih boleh berjumpa. mana pergi kawan aku? hubungan kami sekarang tak berapa elok macam dulu. adalah masalahnya.
mood : tak tahu.

dah sampai KL Sentral, jumpa mak ayah. biasanya aku amek KTM sampai stesen Rasa. tp sebab budak2 sekolah cuti penggal esok, adik aku yang sekolah kat Negeri Sembilan tu pun balik. sebab tu parents aku offer amek kat KL Sentral. dah lama tak jejak KL. KL yang berubah atau aku yang berubah? haha. pening aku dengan jalan2 kat KL ni.
mood : gembira.

then dah amek aku pergi TBS pula. Terminal Bersepadu Selatan. terminal bas je pun. tapi pergh, luar dalam macam airport. bas tu terbang agaknya. haha. merepek dah.

mood : excited.
dalam TBS.

luar TBS.



jalan2 dalam TBS, tiba2 ternampak MPH Book Fair! pergh memang aku tak lonjak gembira pun tadi kan. awal2 lagi dah nampak buku2 terbitan Fixi. Kali ni aku beli Zombijaya, Murtad. dan Dari Tanjung Malim Ke KLCC terbitan DubookPress. spend RM100 baucar buku. beli buku untuk mak dan adik2 aku juga. baucar buku masih berbaki RM50. dan tak tahu nak buat apa dengan baucar itu.
mood : gembira.
inilah buku2 baru yang akan aku sayang bersama buku2 lama.

No comments:

Post a Comment