beli topup dengan harga diskaun!
jual topup atau topup diri sendiri. caranya klik SINI

19 Mac 2013


pagi dimulakan dengan kelas seperti biasa. then pukul 10 aku rehat. wehoo… makan. tapi, aku kurang suka pergi kafe waktu2 macam ni sebenarnya. confirm penuh wa cakap lu. penuh ngn budak2 yang rehat pukul 10 gak. (jgn expect hidup kat matrik macam hidup kat U).

duduk matrik pun macam sekolah yang mana kau perlu bangun awal pagi untuk siapkan diri pergi ke kuliah semua. tak masuk dengan tunggu turn nak mandi yang memungkin untuk korang terpaksa bazir masa walaupun hanya untuk mandi. (aku bersyukur kerana aku jenis yang mandi tidak terlalu lama dan terlalu cepat sampai orang boleh anggap aku mandi kerbau)

dan aku sentiasa tunggu hari jumaat untuk kelas separuh hari dan menunggu untuk rehat puas2 esok harinya. biasalah, macam budak sekolah yang menunggu hujung minggu untuk berehat2 kat rumah.

ada satu ketika ni kuliah Biology. ye aku mengantuk waktu lecturer sedang membebel2 kat depan. kalau dah ngntok mana boleh fokus kan. haha. adalah pula sorang mamat perasan hensem ni suruh aku panggil member dia kat depan. sebab nak spek. dan member tu perempuan. dua2 orang ni ex classmate aku sebelum kelas kena rombak.

nak cerita sikit pasal lelaki ni yang ingat dia boleh buat sesuka hati kat perempuan. aku tak pernah puas hati dengan dia. dengan dia yang poyo, bajet, mencapub lebih. geli seh -_-
haha. kalau korang berjumpa dengannya pun korang akan muntah pelangi. haha. (ok itu aku tipu)
apa yang aku perasan kat lelaki ni, dia buat perempuan sebagai hamba abdi. walaupun hanya sekadar suruh pegangkan spek mata. dan budak itu bawa je ke mana dia pergi. pastu bila ada kelas mulalah bising nak spek semua. what the hell. bukan seorang kena, ramai perempuan kena. biasalah, mencapub lebih.
gila, aku luahkan perasaan kat sini. haha.

eh, aku tak suka betul bila pen jatuh. sebab aku tahu kalau pen jatuh, confirm ada effect. pen korang tak berfungsi atau takde dakwat atau ada dakwatnya yang tak nak keluar. ini berlaku waktu kuliah Biology juga yang mana waktu tu aku nak balas mesej kawan aku. dan pen tu terjatuh sebab meja kat dewan kuliah tu tak semuanya stabil!

p/s: sesi melepas geram.

No comments:

Post a Comment