beli topup dengan harga diskaun!
jual topup atau topup diri sendiri. caranya klik SINI

Bila bukan kenduri kenalan kita.

hari ni pergi kenduri kat Kundang. or Kundang Jaya mungkin.

aku tak berapa berkenan nak ikut ke kenduri kenalan parent sebenarnya. sebab tahu confirm lama kat sana macam tunggul. tapi dah terpaksa ikut nak buat cane kan.

dah yang bawa keretanya pun ayah aku. jadi kenalah ikut je...

sampai sana perkara pertama yang mak aku buat ialah borak. lama. ayah dan adik aku cabut dulu gi makan. lepas tu aku menyusul pula. kalau tunggu dorg borak entah bilanya nak habis.

lauk sedap bai kat sana. ayam percik. yang tak tahan tu ada sambal tempoyak yang dah lama sangat aku tak makan. aku pun amek. ada ulam, tapi ulam tu semua aku tak tahu. aku cuma nampak jering je. haha. aku pun amek jering 4.

dah makan tu borak lagi. adoyainya pun. inilah sebabnya aku menyampah kena ikut. dorang borak sesama dorang, aku ini macam tunggul terpaksa tunggu dorang. dah berpeluh2 aku kat situ dari hujung rambut hingga hujung kaki -_-

kalau aku nak gi kenduri kawan aku, ada je alasannya supaya aku tak pergi. ini yang nak timbul rasa benci. sabar jelah.

lepas tu nasib baik balik. kalau tak memang aku angin lagi.

Marah + Geram + Gembira + Tak Tahu + Excited

pagi2 dah bikin aku marah. ada budak potong line aku mandi! hey, aku dah letak baldi depan shower tu lagi. aku tak gi mana2 pun. gi sinki gosok gigi je pun. tapi dengan selambanya budak tu masuk potong line. ergh geram!
mood : geram dan marah.

tapi mood aku gembira sebab aku balik hari ni. haha. berat hati ni nak balik sebenarnya. sebab malas je pun. haha. tp sebab mak aku offer nak amek kat kl sentral, jadi aku semangat nak balik. hehe.
mood : gembira.

dalam KTM on the way KL Sentral, macam2 aku fikir. sebab aku jarang dan susah sangat tdo dalam public walau mengantuk. jadi aku membuang masa begitu sahaja dengan berfikir dan termenung sambil dengar lagu. tiba2 aku teringat kat kawan aku sorang ni. pernah balik ngn dia naik ktm dulu. itu last aku balik sama ngn dia. kitorang berpisah kat kl sentral. salam dan berpelukan. walaupun kitorang tahu kitorang masih boleh berjumpa. mana pergi kawan aku? hubungan kami sekarang tak berapa elok macam dulu. adalah masalahnya.
mood : tak tahu.

dah sampai KL Sentral, jumpa mak ayah. biasanya aku amek KTM sampai stesen Rasa. tp sebab budak2 sekolah cuti penggal esok, adik aku yang sekolah kat Negeri Sembilan tu pun balik. sebab tu parents aku offer amek kat KL Sentral. dah lama tak jejak KL. KL yang berubah atau aku yang berubah? haha. pening aku dengan jalan2 kat KL ni.
mood : gembira.

then dah amek aku pergi TBS pula. Terminal Bersepadu Selatan. terminal bas je pun. tapi pergh, luar dalam macam airport. bas tu terbang agaknya. haha. merepek dah.

mood : excited.
dalam TBS.

luar TBS.



jalan2 dalam TBS, tiba2 ternampak MPH Book Fair! pergh memang aku tak lonjak gembira pun tadi kan. awal2 lagi dah nampak buku2 terbitan Fixi. Kali ni aku beli Zombijaya, Murtad. dan Dari Tanjung Malim Ke KLCC terbitan DubookPress. spend RM100 baucar buku. beli buku untuk mak dan adik2 aku juga. baucar buku masih berbaki RM50. dan tak tahu nak buat apa dengan baucar itu.
mood : gembira.
inilah buku2 baru yang akan aku sayang bersama buku2 lama.

19 Mac 2013


pagi dimulakan dengan kelas seperti biasa. then pukul 10 aku rehat. wehoo… makan. tapi, aku kurang suka pergi kafe waktu2 macam ni sebenarnya. confirm penuh wa cakap lu. penuh ngn budak2 yang rehat pukul 10 gak. (jgn expect hidup kat matrik macam hidup kat U).

duduk matrik pun macam sekolah yang mana kau perlu bangun awal pagi untuk siapkan diri pergi ke kuliah semua. tak masuk dengan tunggu turn nak mandi yang memungkin untuk korang terpaksa bazir masa walaupun hanya untuk mandi. (aku bersyukur kerana aku jenis yang mandi tidak terlalu lama dan terlalu cepat sampai orang boleh anggap aku mandi kerbau)

dan aku sentiasa tunggu hari jumaat untuk kelas separuh hari dan menunggu untuk rehat puas2 esok harinya. biasalah, macam budak sekolah yang menunggu hujung minggu untuk berehat2 kat rumah.

ada satu ketika ni kuliah Biology. ye aku mengantuk waktu lecturer sedang membebel2 kat depan. kalau dah ngntok mana boleh fokus kan. haha. adalah pula sorang mamat perasan hensem ni suruh aku panggil member dia kat depan. sebab nak spek. dan member tu perempuan. dua2 orang ni ex classmate aku sebelum kelas kena rombak.

nak cerita sikit pasal lelaki ni yang ingat dia boleh buat sesuka hati kat perempuan. aku tak pernah puas hati dengan dia. dengan dia yang poyo, bajet, mencapub lebih. geli seh -_-
haha. kalau korang berjumpa dengannya pun korang akan muntah pelangi. haha. (ok itu aku tipu)
apa yang aku perasan kat lelaki ni, dia buat perempuan sebagai hamba abdi. walaupun hanya sekadar suruh pegangkan spek mata. dan budak itu bawa je ke mana dia pergi. pastu bila ada kelas mulalah bising nak spek semua. what the hell. bukan seorang kena, ramai perempuan kena. biasalah, mencapub lebih.
gila, aku luahkan perasaan kat sini. haha.

eh, aku tak suka betul bila pen jatuh. sebab aku tahu kalau pen jatuh, confirm ada effect. pen korang tak berfungsi atau takde dakwat atau ada dakwatnya yang tak nak keluar. ini berlaku waktu kuliah Biology juga yang mana waktu tu aku nak balas mesej kawan aku. dan pen tu terjatuh sebab meja kat dewan kuliah tu tak semuanya stabil!

p/s: sesi melepas geram.

18 Mac 2013


pada 18 mac 2013 yg lalu.

8.30pm ada kelas chemist. memang aku malas. jadi bila dah malas tu, dengan sengaja nya aku bersiap pun lambat. after solat maghrib, lengah2 waktu jap sampailah 8.15pm baru bersiap. bersiap 5 minit, dengan sengajanya berjalan lambat pergi perpustakaan yang mengambil masa entah berapa minit. dan bila sampai, perkara pertama yang aku dapat, teguran dari pensyarah yang sentap terlebih. oh pembetulan, bukan aku seorang. masih ada lagi kawan aku yang lain datang lambat. secara sengaja atau tak. dan dia pensyarah membuang masa dengan teguran dia. ah pergi mam dengan kau punya teguran berserta sentap2 kau tu. ye aku bengang juga dengan pensyarah tu. tambah2 lagi dia mengajar subjek Kimia yang aku tak pernah terfikir untuk minat -_-

sepanjang kelas, aku tak fokus. tak, aku tak fokus. aku ulang lagi sekali, aku tak fokus. dan itu salah satu penyebab gred Kimia aku jatuh. haha. tang Kimia memang aku lemah. goyang lutut wa kata lu xDbukan goyang sebab takut, goyang sebab lemah. haha. dah terbukti aku lemah. sebab aku tak belajar betul2 la ngok. kalau aku study lebih mesti dapat lebih juga kan. takpelah, final exam kang aku cuba terbaik.then habis kelas memang aku rasa sangat gembira. seolah2 aku je yang menunggu masa untuk balik bilik xDkat luar library ada vending machine. aku tengok, pilih untuk beli air apa. kemudian amek beg dan pergi vending machine balik. dalam otak memang aku berkira2 aku ada duit secukupnya RM1.50 untuk beli air berharga RM1.50

sangkaanku meleset. aku takde duit syiling. yang ada cuma not RM50 berkeping2 (ok aku tipu)dalam dompet aku ada 3 keping not RM1 yang mana vending machine boleh menelannya. aku masuk sekeping dia terima, dan nak masuk sekeping lagi untuk jadikan RM2, dia tak nak weh. celah kau vending machine tak nak duit! kalau bagi pengemis pun dorang berebut amek tahu tak! vending machine ni memilih juga. akhirnya buat keputusan beli air mineral je. nasiblah sejuk. tujuan aku cuma nak menyejukkan tekak dan perut aku yang panas ni je.

lepas tu aku berjalan seorang diri nak balik bilik. a'a, jalan seorang diri ni kadang2 memang sangat menyeronokkan. kita boleh jalan slow2. fikir apa2 yang kita nak fikir. tapi bosan juga takde kawan. lagipun waktu ni bagi aku, aku dpt tengok kawan yang sanggup susah senang ngn aku. tengok kawan mana yang sanggup tengok kawan dia keseorangan. tapi aku kena terima hakikat yang aku ni mungkin berpotensi untuk forever alone atau aku yang memilihnya?

dan sekarang aku di bilik memuatnaik blog kesayangan ini.dan aku sedar aku tak keseorangan. aku ada Allah :)

p/s : aku teringat satu pepatah, "hidup kita hanya lakonan, kita pelakonnya"

Diam.

hye. tahun depan 20 tahun. eh, aku dah besar. bagi aku takde perkara luar biasa. cuma angka 1 bertukar jadi 2 kat depannya. aku takdelah nak menjerit OMG Oh My God sebab umur dah meningkat. sbb bukan aku seorang yang meningkat usia kan? haha.

budak2 yang tunggu result SPM ada yang kerja kat KMS ni. dan mereka2 pelajar KMS terpedaya dengan mereka. memanggil mereka 'kakak'. tak, aku tak gelakkan. aku diam sahaja. kadang2 aku juga rasa 'eh, aku rasa macam budak sekolah'. aku diam.

tentang pemadam. aku tak pernah habis pakai sebiji pemadam. pemadam masih berbaju plastik. tup tup hilang. ok takpe, aku diam. (mengarut sampai ke pemadam)

aku tak suka betul bila tak online, banyak idea aku nak update kat blog ni. tapi bila dah online, aku lupa segalanya. ok tipu, hanya segelintir. bukan segalanya.

p/s : update kat makmal komputer waktu tutor Comp Scn.

Modern Dance (video)

well... silalah tengok :D

ni pun amek kat facebook member :)

ini modern dance. flashmob takde pula. aku yang kiriiiiii sekali pakai sweater kotak2 :)

Coverage.

phew. lepak bilik tutorial memang best. cucuk broadband Yes, pergh coverage terbaik bhai! pernuh bar tu. hoho. bukti bukti?



ok ok. takde apa nak update. sbb tu update merepek2. haha.

Buku Fixi.

minggu lepas aku beli buku Fixi. 6 buku. aku dah amek petang tadi kat penyelia Polaris. dah inilah dia. hehe.

ber Fixi aku lepas ni! yuhuu!

by the way, aku dah habis baca 1 buku pun. Mental tajuknya. hehe. sila cuba baca buku dari publisher Fixi. semua buku dorang best2. gerenti! :D

Hasilnya.

ye, malam ahad semalam aku join modern dance dan flashmob seperti yang telah aku katakan dalam entry sebelum ni.

sekarang cuma nak letak beberapa gambar je. tema merah hitam. aku tak pakai tshirt ni. pakai sweater merah hitam kotak2 sebenarnya. takkan nak pakai dari awl. memang panaslah aku :D



semua geng2 dance ni :)

Flashmob.

pheww~ hari ni last rehearsal flashmob.

KMS buat malam 1 Malaysia. start malam tadi lagi. Sabtu 9 Mac 2013. tapi malam tadi aku malas gila nak pergi. lagipun penat. better prepare for modern dance dan flashmob hari ni. Ahad 10 Mac 2013.

aku masuk modern dance dan flashmob actually.

untuk modern dance, lagu Beast - Beautiful dan Super Junior - Mr.Simple.

dan lagu flashmob sangat banyak. tapi di mix kan. biasalah tu. haha.

sekarang aku tengah berehat cas tenaga. malam kang after maghrib terus pergi dewan untuk prepare.

muka penat after practice. pheww~ dengan bestie :)

Berjaya.

yeay! akhirnya berjaya juga aku download ubuntu. haha. ok excited jap xD

bukan apa, sebab lab computer kat KMS ni pakai Operating System Ubuntu. jadi ada sesetengah software yg Ubuntu je support. OS lain tak support. lagi2 Openshot. memang OS lain tak dapat download. sebab support utk OS Fedora dengan Ubuntu je. huhu. untung aku xD

aku pakai Macbook tak semestinya takleh download Ubuntu. Parallel Desktop kan ada :D

orang pakai Windows pun tak semestinya takleh pakai gak. nak pakai dua OS dalam 1 laptop kena ada Parallel Desktop. em... tu pandangan aku lah. haha.

mula2 pakai Ubuntu kat lab computer, memang agak blur. sebab tak biasa. tapi lama2 okey dan best juga sebab lebih kurang macam OS Mac je pun. haha. dan aku menyukainya :)

aku menyukai Mac OS dan Ubuntu. maaf Windows, awk dah takde dalam hati sy. hehe.

Ubuntu
 

Mac OS

hidupkan blog...

lama dah terbiar blog aku ni. last update pun Oktober 2012. haha. kesian. kadang2 aku pun rasa tak perlu ada blog. tapi skrg aku ingat nak luahkan semuanya kat blog. kalau aku mampu buat. haha.

well. hye blog :)
i miss you. seriously. aku bosan tengok kau yg sama je dari dulu. tak berubah2. tp bila cakap pasal berubah, aku tak tahu nak ubah kau apa. haha.

aku hanya buang cbox. sbb aku bosan dgn advertisement yg tak sudah2. menyemak blog aku je. bukan aku nak pergi pun link yg korang bagi tu. haha. aku gi jenguk blog k. ptuih! padan muka sape yang bg link ads kat aku. haha.

then header pun nak tukar, tp masih takde idea nak edit mcm mana. itu belakang cerita.

rasa macam ckp dgn blog. takpun ckp dgn sesuatu yg kita tahu kita takkan dapat balasan. haha.

ok cukup kau merapu omey.

blog, ada masa aku jenguk kau lagi. miss you blog :)